“Dia Adalah Kembar Saya Dan Namanya..”- Iqram Dinzly Tampil Beri Penjelasan Disebalik Vide0 Yang Tul4r Mirip Wajahnya

“Itu bukan saya,”.

Demikian kata pelakon, Iqram Dinzly ketika diminta mengulas mengenai video tular memaparkan individu mirip dirinya yang memakai pakaian tidur wanita dengan berlatar muzik alunan selawat.

Iqram ketika dihubungi berkata, karakter itu dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly dan tujuannya adalah untuk menyentuh hati netizen agar membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara maks1at.

“Dia adalah Princess Iqy Dinzly. Dia berikan pilihan sama ada nak selawat atau nak saksikan ‘pel4cur-pel4cur bilik kaca’ dan ‘pen4ri t1ang dalam bilik kaca’,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Iqram, apa yang dipaparkan di akaun TikTok @iqramdinzlycious dalam video secara langsung itu juga adalah satu bentuk tegvran kepada golongan transg3nder yang disifatkan sebagai semakin berani.

“Satu lagi, kaum transg3nder semakin berleluasa dan semakin berani di media sosial. Itu satu teguran juga.

“Selain itu, ia juga tegur4n untuk wanita-wanita bertudung yang umpama berb0gel dengan pakaian yang ketat,” katanya.

Iqram juga menyeru semua pihak supaya memadam hantaran-hantaran yang tidak senonoh di media sosial dan mengambil keberkatan dengan kehadiran bulan Ramadan kali ini.

“Saya tak boleh nak cakap sebab saya tak pandai langsung menggunakan media sosial. Apa pun, ambillah kesempatan dengan kehadiran bulan Ramadan.

“Tolonglah padam gambar-gambar yang menunjukkan pvnggung dan payvdara semua terutamanya golongan pempengaruh.

“Kandungan-kandungan sebegini boleh menjurus ke arah yang tidak bermoral antaranya berlaku jen4yah r0gol dan sebagainya.

“Jangan sampai r0gol itu menjadi perkara biasa di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, sekiranya netizen ingin melihat diri Iqram yang sebenar, nantikan drama terbaharu lakonannya yang akan dit4yang tidak lama lagi.

“Sekarang, kalau nak tengok Iqram Dinzly yang betul, tengok drama Mem dan Bibik Bibik yang akan ditayangkan di TV3 bermula esok.

“Selepas itu, ada beberapa drama lain lagi antaranya Dilema Wanita dan satu lagi drama arahan pengarah Erma Fatima,” katanya.

Terdahulu, tular di media s0sial vide0 lelaki mirip Iqram yang mendapat kec4man daripada netizen dan dianggap mempersend4kan agama dengan mengenakan pakaian tidur wanita yang sek.si berserta alunan selawat.

Video itu tular di TikTok dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Terbaharu, Iqram kini menjalani penggambaran drama berjudul Cinta Hilang Kata, berganding dengan pelakon Sophia Albarakbah.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "“Dia Adalah Kembar Saya Dan Namanya..”- Iqram Dinzly Tampil Beri Penjelasan Disebalik Vide0 Yang Tul4r Mirip Wajahnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*