Wow! Bukan Calang-Calang Orang Sebenarnya Suami Irma Hasmie Ni

Mungkin ada di kalangan anda semua yang masih mengikuti episod perkahwinan Irma Hasmie dan Redza Shah Azmeer pada 2012 lalu. Ketika itu, seminggu suntuk pasangan itu menjadi perbualan hangat terutama sekali pengantin lelaki iaitu Redza sendiri.

Ramai memuji dan mengidamkan kisah cinta mereka berdua yang bertemu ketika menunaikan umrah dan tidak kurang yang mencuba mengungkit kisah silam Redza Shah.

Dia menyifatkan kehadiran isterinya itu umpama kurniaan Alllah yang istimewa. Mereka dipertemukan di kota Mekah ketika menunaikan umrah dan yakin pilihan tersebut merupakan jodoh buatnya dunia dan akhirat.

Dalam pada itu Irma berkata dia bersyukur dengan perkahwinan tersebut sambil menyifatkan suaminya itu seorang yang bertangggungjawab, jujur dan penuh dengan kasih sayang.

Redza yang bertugas sebagai pengurus akaun di Terrapixel Sdn. Bhd berkata dia tidak menghalang karier isterinya asalkan dia menjaga batas-batas sebagai seorang isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by IRMA (@irmahasmie)

Memiliki ijazah seni komunikasi visual daripada Universiti Tasmania, Australia, dia kini seorang pengarah dan memiliki beberapa buah syarikat seperti Al Bayt Ventures, MyUsrah Global dan Islamic Relief Malaysia.

Mereka kini mempunyai dua cahaya mata bernama Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie selepas hampir 10 tahun berkongsi kehidupan bersama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

Be the first to comment on "Wow! Bukan Calang-Calang Orang Sebenarnya Suami Irma Hasmie Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*