“Langkah Pertama Zin4, Minuman ‘N4jis’ Dicuba, Adakah Kalian Naif?” – Ustazah Asma’ Tak Kisah Dikec4m Halang Pergi Konsert Bieber!

Kec0h di media sosial baru-baru ini apabila pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun memberikan tegvran berhubung konsert Justin Bieber yang bermula penjualan tiket beberapa hari lalu.

Menurut Ustazah Asma’, fenomena penyanyi kelahiran Kanada itu membimbangkan dirinya setelah mendapat sambutan rancak daripada anak muda sehinggakan ada yang sanggup meminta duit daripada ibu dan mengambil upah melakukan pelbagai kerja demi hiburan.

Malah, Ustazah Asma’ memoh0n kepada golongan ibu bapa untuk tidak memberi kebenaran kepada anak pergi ke tempat yang melala1kan.

Susulan daripada itu, Asma’ terus dikec4m oleh sesetengah pihak yang mend4kwa lar4ngan itu agak melampau dan tidak berasas.

Tampil memperjelaskan pandangan itu, Asma’ menyatakan segala nasihat tersebut adalah untuk melindungi anak-anak daripada jalan yang salah.

“Ramai kec4m juga dalam kalangan ibu ayah, katanya pergi bukan guna duit Ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang, dan lain-lain yang lebih pedih.

“Duhai ibu ayah, bukankah kalian yang selama ini berkata sayang pada anak-anak sampai Syurga dan berdoa untuk berkumpul disana.

“Bukankah kalian yang selalu inginkan anak-anak selamat daripada bah4ya dunia, jika mereka sak1t kalian tak tidur lena dan sanggup korban apa sahaja.

“Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya perc4mpuran lelaki dan perempuan, kadang minum4n naj1s berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada penzin4an.

“Suasana terkinja-kinja dan saling hilang kawal4n diri, walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan, namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang, pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal.

“Bertemulah dengan kawan baru, sekelip mata no. tel saling bertukar, merasai nikmat kebebasan atas nama ‘sporting’ ibu ayah,” katanya.

Jelasnya, tiket sudah pun habis pun terjual dan satu konsert yang harganya sangat mahal begitu mendapat sambutan di negara Islam Malaysia.

“Selepas ini, nantikanlah konsert lain pula bakal menyusul, atas nama hiburan itu keperluan, maka suburlah budaya hed0nisme.

“Terbentuk jelaslah generasi hamba hiburan, itulah nanti menjadi sumber pendapatan pihak penganjur yang tamak.

“Ini bukan doa atau sangka buruk, menulis daripada pengalaman menguruskan kes masalah sosi4l remaja dan penyesalan ibu bapa.

“Saya tak sedih dikec4m dan dih1na, siapa saya ni untuk dihorm4ti dan dimuliakan, banyak kekurangan dan dos4 sendiri yang lebih menjadikan diri ini h1na.

“Kesedihan adalah apabila melihat sesuatu kemungkaran namun ramai yang berdiam,” katanya.

Anda boleh lihat posting penuh di bawah.

Sekadar info, bintang pop terkenal Justin Bieber mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini.

Bieber turut menyenaraikan mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil di ibu negara pada 22 Oktober ini.

Difahamkan, tiket Bieber dijual pada Khamis lalu jam 11 pagi dan habis terjual dalam masa tiga jam.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Langkah Pertama Zin4, Minuman ‘N4jis’ Dicuba, Adakah Kalian Naif?” – Ustazah Asma’ Tak Kisah Dikec4m Halang Pergi Konsert Bieber!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*