Ramai Tak Kenal Siapa Suami Dian P Ramlee! Akhirnya Dia Ceritakannya!

Figura bintang senior, Dian P.Ramlee sering kali dilihat menerusi drama-drama tempatan sejak sekian lama. Bagaimanapun tidak dinafikan, bintang yang satu ini jarang sekali berkongsi sisi peribadi, apatah lagi bercerita mengenai kisahnya sekelurga.

Dian dikatakan pernah dua kali bernikah selain dianggap janda gara-gara tidak berkongsi wajah suaminya, sedangkan rumahtangga yang dibina bersama Md Amanti Ahmad pada 28 September 1981 kekal utuh.

Menerusi entri yang dimuatnaik pelakon itu di Instagram miliknya, Dian tampil memperkenalkan suaminya yang dikahwini sejak 41 tahun lalu.

“Ni la suami mummy, dari dulu sampai la sekarang…the only one, masih lagi bersama.

“Kami berkenalan umur mummy 19 tahun. Umur mummy 20 tahun, kami bertunang.

”Mummy menikah 23 tahun pada 28 September 1981. Alhamdulillah, masih bersama hingga la hari ini,” tulis Dian.

Dian yang berusia 60 tahun menambah, meskipun dirinya seorang yang low profile dan tidak suka terlalu mendedhkan kehidupan peribadi, masih ada yang suka menimbulkan info yang salah.

“Mummy seorang yang k0nservatif, tak suka dengan g0sip dan publis1ti. Dalam macam tu pun orang bercerita, kononnya mummy ni kahwin dua kali atau pun janda sekarang ni.

“Padahal mummy masih lagi bersama suami. Nanti raya, mummy akan upload gambar terbaru keluarga,” tulisnya lagi.

Menceritakan pengalaman ketika g0sip tersebut sedang hang4t, Dian dan suami tidak mengambil peduli dan hidup seperti biasa. 
 
“Malah, ketika di set dan mahu pulang, suami saya jemput dan kru menyangka itu suami baru saya. Saya bagitahu itu suami pertama dan terakhir! Hanya seorang suami saya!” tegasnya.
 
Menggelarkan dirinya sebagai ‘mummy’, Dian mengatakan suaminya tidak suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul di dada akhbar dan majalah. 
 
“Namun, kami pernah muncul dalam iklan kicap bersama anak-anak kami,” katanya lagi.
 
 
Polisi kerja juga membataskan kemunculan suaminya untuk selalu menonjol dan terdedh di media massa. Malah, suaminya juga tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk terlibat dalam bidang seni.
 
Hasil perkahwinan mereka, Dian atau nama sebenarnya Salfarina Mum, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu  Md Al Safrin, Siti Arianti, dan Siti Adianti.
 
Dian P Ramlee memulakan karier dalam bidang seni sejak tahun 1977 dan pernah membintangi filem-filem tempatan seperti Kisah Seorang Biduan dan pelbagai lagi.
 
 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instgram Diam P.Ramlee

Be the first to comment on "Ramai Tak Kenal Siapa Suami Dian P Ramlee! Akhirnya Dia Ceritakannya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*