Nabil Bangun Sebelum Subuh Utk Tunai 17 Rakaat Qada Solat, Sekali Ustaz Wadi Bagi Teguran!

Pengacara, pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad memberitahu yang dia pernah melakukan solat Qada 17 rakaat setiap hari sebelum menunaikan solat Subuh.

Menurut Nabil, solat 17 rakaat itu dilakukan bagi menggantikan 17 rakaat dalam solat lima waktu yang pernah ditinggalkan dahulu.

Nabil Ahmad Ditegur Ustaz Kerana Bangun Pukul 3.30 Setiap Pagi Sebab Nak Solat Qada 17 Rakaat

“Saya pernah memberitahu Ustaz Wadi yang saya qada solat yang pernah saya tinggalkan dahulu.

Saya tunaikan sebanyak 17 rakaat kerana sehari kita wajib solat sebanyak 17 rakaat.

“Jadi, setiap hari, saya akan bangun tidur seawal 3.30 pagi untuk menunaikan solat Qada berkenaan.

Begitupun, ustaz nasihatkan saya untuk tidak terus menerus begitu, sebab takut sekarang saya bersungguh tetapi bila dah penat saya akan tinggal.

Doakan ustaz Wadi dan tiga yang lain

“Dia juga nasihatkan saya untuk buat sikit demi sikit tetapi istiqamah. Namun, untuk beristiqamah itu merupakan satu perkara yang paling susah nak capai.

Hal ini kerana, ada individu yang pada awalnya semangat, tetapi kemudian tinggal.

“Pengakhiran begitu yang saya tidak mahu… Sebab kita tidak tahu sampai bila umur kita dan Allah akan jemput kita dalam keadaan yang bagaimana,” katanya.

Disebabkan mahu terus istiqamah, Nabil berkata, dia selalu berdoa agar dia sentiasa mendekatkan diri dengan orang berilmu.

“Memang ketika kita menghadiri majlis ilmu atau ‘keluar’, kita yakin, tapi risau bila balik rumah saja, semuanya goyah,” katanya sambil memberitahu mahu merancang untuk menghadiri ilmu di Bangladesh, India dan Pakistan.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Nabil Bangun Sebelum Subuh Utk Tunai 17 Rakaat Qada Solat, Sekali Ustaz Wadi Bagi Teguran!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*