[VIDEO]Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu!- Zaki Yamani

ISU hubungan ‘dingin’ antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya, Zaki Yamani kini menjadi semakin pan4s apabila wujud percangg4han kenyataan antara mereka.

Terbaharu, Zaki, 16, menegaskan tidak ada mana-mana pihak termasuk ibunya bertindak mengh4lang mereka untuk bertemu.

Pengakuan Zaki itu dilihat berc4nggah dengan kenyataan Jamal kepada mStar bahawa bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad menjadi pengh4lang ikatan kasih antara dia dan anaknya.

“Baba yang tak nak jumpa Zaki, apa pula nak sal4hkan mummy Zaki.

“Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.

“Tiada siapa yang tak bagi, ayah sendiri yang tak nak jumpa anak” tulis Zaki di ruangan komen Instagram mStar Online.

Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu.

ZAKI YAMANI

PENYANYI/ ANAK JAMAL ABDILLAH

Terdahulu Jamal dalam satu kenyataan kepada mStar mendakwa dia terpaksa bertemu Zaki secara cvri-cvri di sekolah bagi memberi wang bulanan.

Kenyataan penyanyi berusia 63 tahun itu bagi mengulas mengenai pendedahan Zaki yang meluahkan rasa rindu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersamanya.

Sementara itu, Zaki meminta penyanyi itu berhenti memburvkkan wanita yang selama ini sentiasa berada di sisinya.

“Kepada baba, Zaki harap berhenti burvkkan mummy sebab selama ini kalau Zaki sak1t dia yang ada jaga.

“Baba boleh je nak jumpa Zaki, baba janji nak jumpa tapi tak datang. Zaki whatapps baba tak balas, call pun tak jawab,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaki Yamani (@zakiyamani._)

Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "[VIDEO]Cukuplah baba buat cerita macam-macam. Benda tak betul semua tu!- Zaki Yamani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*