“Acik Yang Nangis nii…”-Kesungguhan Yusof Iskandar Berpuasa Walau Kepenatan Undang Sebak Ramai!

Yusuf Iskandar Bin Hairul Azreen merupakan anak sulung kepada pasangan pelakon dan usahawan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Kanak-kanak comel tersebut lahir pada 3 Jun 2016 dan kini bakal menginjak usia 6 tahun pada bulan Jun tahun ini.

Sudah lumrah menjadi anak kepada pasangan selebriti, kehidupan Yusuf sejak kecil sering di kongsikan oleh pasangan berkenaan di media sosial.

Putera sulung kepada pasangan pelakon terkenal ini sekali lagi menarik perhatian ramai.

Terbaru, menerusi Instagram, theyusufiskandar memaparkan video r1ak wajah Yusuf menjalani ibadah puasa.

Kongsi Hairul lagi, Yusuf terjaga ketika waktu sahur dan menang1s. Apabila di tanya kenapa menang1s Yusuf berkata ingin berpuasa untuk peroleh pahala.

Ramai yang teruja melihat Yusuf telah besar dan mula berpuasa. Ada juga sebak melihat kesungguhan Yusuf berpuasa hingga kelihatan keletihan.

Yusuf terjaga Subuh tadi menang1s, Daddy tanya why, dia jawab “I want to puasa, I want pahala”. Daddy terus bawak turun sahur and support dia the whole day. Yusuf satu hari nanti tengok video ni okay, your first day of puasa on your own will.

9 April 2022

Alhamdulillah good practice sayang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar)

Video tersebut ternyata mengvndang rasa seb4k dalam kalangan peminat Yusuf. Ramai peminat yang merasa terharv melihat kanak- kanak tersebut yang sanggup menahan rasa lapar sehingga keletihan.

Melihat anaknya yang kepenatan, Hairul tetap cuba memberikan semangat buat anaknya itu untuk cuba meneruskan puasa sehingga tiba waktu berbuka.

Yusuf bagaimanapun berjaya meneruskan ibadah puasa tersebut sehingga tiba waktu berbuka. Di perkongsian sebelum ini, Hairul juga turut berkongsikan aktiviti beliau bersama anaknya menunaikan solat sunat terawih.

Menurut Hairul, Yusuf berjaya menghabiskan solat terawih sebanyak lapan rakaat.

Menjengah keruangan komen, rata- rata para peminat berkata mereka merasa terharu melihat perkembangan Yusuf Iskandar.

Apatah lagi buat yang mengikuti kehidupan kanak- kanak berkenaan sejak dari bayi. Di setiap peringkat usianya, Yusuf mempunyai pencapaian sendiri.

Kini pada usianya bakal mencecah 6 tahun, Yusuf sudah pun berjaya menunaikan ibadah puasa dan juga solat sunat terawih.

Ruangan komen di banjiri luahan rasa bangga para peminat terhadap usaha Yusuf itu. Sehingga kini, video berkenaan mendapat sebanyak 506,166 tontonan dan menerima sehingga 887 komen. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap perkembangan Yusuf itu.

Ada yang memuji hasil didikan Hanis dan suaminya Hairul Azreen. Malah ada juga sebak melihat kesungguhan Yusuf berpuasa seharian walaupun keletihan.

Nangis Acik dengan kesungguhan Yusof

Sebak Betul…Dah besar dah Yusoff

Keletah dan gelagat Yusof dan Alisa yang comel dan bijak sering mencuri tumpuan para peminat kepada pasangan ini. Sekejap je dah besar dah Yusuf. Alhamdulillah anak soleh Yusuf.

Kehidupan keluarga ini juga sering menjadi inspirasi kepada pasangan yang telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam mendidik anak- anak serta berjaya di dalam kerjaya dan juga kehidupan peribadi.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Yusoff Iskandar

Be the first to comment on "“Acik Yang Nangis nii…”-Kesungguhan Yusof Iskandar Berpuasa Walau Kepenatan Undang Sebak Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*