Ngeri! Traged1 Kereta Terbabas, Terbalik 4 Kali Selepas Pulang Dari Bazar Ramadhan!

BULAN Ramadan sememangnya banyak menguji kesabaran kita.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini yang nyaris mavt selepas terlibat dalam kemal4ngan.

Lebih menyed1hkan, kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka ketika kejadian baru sahaja dibeli dan mengalami keros4kan.

Berkongsi pengalaman, pemilik kereta, Mohd Faizul Masbuki berkata, kemal4ngan berlaku pada petang 5 April bersamaan dengan 3 Ramadan.

Pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, ketika kejadian, dia dan isteri dalam perjalanan pulang dari bazar Ramadan ke rumah di Felda Bukit Tongkat di Kluang, Johor.

“Kemal4ngan berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas beli juadah berbuka puasa. Masa tu saya memandu nak memotong sebuah kereta, tapi bila dah separuh potong kereta itu juga secara tiba-tiba nak masuk lorong bertentangan untuk memotong dan mengakibatkan perlanggaran.

“Kereta yang dinaiki kami terb4bas ke bahu jalan dan terbalik tiga, empat kali. Keadaan berlaku dengan sangat pantas,” katanya kepada mStar.

kereta baru kemalangan 5

Mohd Faizul (kiri) dan isteri.

Mohd Faizul berkata, kereta mengalami kerosakan sambil menambah paling teruk di bahagian belakang dan enjin.

“Kereta total loss. 80 peratus cermin pecah. Hantar bengkel dan kami dimaklumkan mengambil masa, paling cepat pun enam bulan.

“Tak sangka kereta yang baru dibeli pada 3 Mac lalu hanya sempat digunakan selama sebulan sebelum terbabit dalam kem4langan,” ujarnya yang berasal dari Kluang.

kereta baru kemalangan 8

Keadaan belakang kereta yang mengalami kerosakan.

Namun, dia amat bersyukur kerana nyawanya dan isteri yang berusia 28 tahun masih panjang dalam nahas itu, malah masih dalam keadaan sedar selepas kereta terbalik.

“Alhamdulillah, kami selamat. Mujur kami pakai seatbelt. Saya mengalami keceder4an di tangan, bahu dan pinggang, manakala isteri di dagu, perut, belakang badan dan siku.

“Sehingga kini masih ada kesan lebam dan terasa sak1t-sak1t. Belum pulih sepenuhnya,” tambahnya.

kereta baru kemalangan 6

Mohd Faizul sering membawa ibu bapanya untuk pemeriksaan kesihatan.

Dia yang merupakan pemandu lori berkata, kereta yang baru dibeli itu sebenarnya untuk tujuan membawa ibu bapanya menjalani pemeriksaan dan rawatan kesihatan di klinik dan hospital secara berkala.

“Tiap-tiap bulan check up hospital dan klinik, kedua-duanya sak1t tua. Mak ada sak1t gout, ayah pula sempvt. Sebelum ini saya pakai kereta Proton Wira selama 12 tahun.

Saya anggap ini sebagai satu ujian dan syukur selamat. Mak cakap kereta boleh cari, yang penting nyawa.

MOHD FAIZUL

“Tapi saya membeli yang baru untuk keselesaan mak ayah,” katanya sambil menambah ibu bapanya masing-masing berusia 65 dan 75 tahun.

Bagaimanapun, Mohd Faizul yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik turut bersyukur kerana ibu bapanya tidak turut sama ketika kejadian.

kereta baru kemalangan 7

Ibu bapa mentua yang turut membantu selepas insiden kemalangan.

“Hari tu saya bawa mak ayah ke klinik. Lepas asar saya hantar mereka balik ke rumah. Saya dan isteri keluar semula untuk ke bazar Ramadan.

“Bersyukur sangat. Mujur tak melibatkan kedua orang tua saya yang sak1t dan uzur. Dalam fikiran, saya asyik terbayang kalau jadi apa-apa pada kami, macam mana dengan mak ayah.

“Apa pun, saya anggap ini sebagai satu ujian dan syukur selamat. Mak cakap apa yang lebih penting selamat… kereta tak apa boleh cari, yang penting nyawa,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ngeri! Traged1 Kereta Terbabas, Terbalik 4 Kali Selepas Pulang Dari Bazar Ramadhan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*