“Saya minta ampun pada Lan Pet Pet, semoga Allah akan bukakan pintu hati dia”

Bekas peserta Gegar Vaganza, Yassin Yahya yang juga merupakan ahli kumpulan Senario, telah memberi sedikit komen tentang kisah kehilangan Lan Pet Pet dari aktiviti kumpulan Senario.

Menerusi laporan Harian Metro, Yassin menjelaskan tiada sengketa antara Land an juga ahli kumpulan Senario.

Namun apa dia ketahui, Lan Pet Pet memang sedang busy dengan kerja barunya serta dengan perniagaannya.

“Saya nak mengambil dikesempatan dalam bulan Ramadhan ini, saya nak minta ampun maaf kepada semua rakan-rakan dalam Senario terutamanya abang Lan Pet Pet.”

“Semoga Allah akan bukakan pintu hati dia untuk sama-sama kembali dalam kumpulan Senario. Walaupun tak banyak, tapi sekali dua pun okey, untuk terbabit sama dalam rancangan Senariounion.”

“Saya percaya, mesti dia akan terbuka hati semula untuk bersama kami kelak.”

Kisah Lan Pet Pet merajuk, bermula setelah dia langsung tak berlakon dalam filem terbaru Senario pada tahun lalu.

Ditanya pihak media, jawapan yang diberi ialah terlalu busy dengan jadual.

Kata Yassin, dia memang tidak tahu apa punca yang berlaku, dan masih beranggapan Mazlan terlalu sibuk dengan kerja baru selain mahu uruskan business miliknya lagi.

Hubungan mereka juga dikatakan agak baik, dan Mazlan pernah menyelit di satu video Senariounion.

“Kalau kami ada berjumpa, sebenarnya memang kami okey sahaja. Saya pun dah selidik dan siasat sendiri perkara ini. Kami selalu saja ajak dia untuk sama-sama join. Ini sejak dari konsert di RTM sebelum ini.”

“Apa saja aktiviti, kami akan ajak. Namun kami memang dah tak boleh tunggu dia sebab kena dengar juga suara majoriti dalam Senario dan team. Senariounion tetap kena gerak tanpa dia. Harapnya di masa akan datang nanti dia ada pula.”

Tentang perkembangan Yassin, dia kini menjual barangan di Pink Bazar Ramadhan di Publika.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya minta ampun pada Lan Pet Pet, semoga Allah akan bukakan pintu hati dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*