Ayu Raudhah Ditvduh Queen C0ntrol, Hal4ng Suami J4di Pelakon?

Pemain bola sepak yang juga selebriti media sosial, Zaquan Adha, 35, menepis pandangan salah orang ramai apabila dia dikatakan tidak mahu menerima sebarang tawaran berlakon hanya kerana dilarang oleh isteri, pelakon, Ayu Raudhah.

Zaquan menjelaskan, isterinya yang juga adik kepada selebriti popular, Rozita Che Wan, tidak pernah menghalang jika ternyata dia memang berhasrat untuk melangkah ke dunia seni lakon memandangkan pelawaan demi pelawaan itu ada.

“Salah tu…Ayu tak pernah halang pun kalau saya memang betul nak jadi pelakon. Bila masa pula dia tak bagi. Saya akui, memang ada sahaja tawaran itu datang. Banyak kali. Tapi saya sendiri yang tidak mahu buat.

“Saya pernah ikut Ayu pergi set penggambaran dan ia mengambil masa yang sangat lama. Saya rasa diri ini tak sesuai untuk jadi pelakon sebab saya bukan jenis yang boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa.

“Saya seorang yang aktif. Tak yakin untuk berlakon. Kalau untuk kempen iklan bolehlah dan pernah sahaja saya terima. Itu pun saya bawa juga Ayu temankan di set sebab dia yang akan tunjuk ajar macam mana nak bergaya depan kamera,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Zaquan berkata demikian semasa ditemui dalam satu sesi bertemu media di ibu kota bersama Ayu Raudhah bagi memperkenalkan jenama baju kurung ByLR.

Selain itu, ditanya mengenai naskhah drama yang pernah ditawarkan kepadanya, kata Zaquan, ia membabitkan penghasilan jalan cerita yang menyentuh mengenai dunia sukan bola sepak.

“Ya, saya tahu, orang akan tanya kenapa tak nak ambil? Bukankah ia berkaitan dunia bola sepak? Jawapan saya tetap akan sama. Tak nak. Kalau Ayu beri lampu hijau sekali pun, saya sendiri yang tak nak berlakon.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Dalam pada itu, Zaquan juga mengulas pertanyaan mengenai kerjaya seni Ayu yang dilihat semakin perlahan dan kaitannya dengan petanda untuk berhenti berlakon.

Jelas kembar kepada Aidil Zafuan ini, dia juga tidak pernah melarang isterinya untuk meneruskan aktiviti seni cuma keadaan pada waktu ini menyaksikan kedua-dua mereka lebih selesa untuk menguruskan keluarga dan perniagaan yang diusahakan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

“Dia pun sama, selalu saja ada dapat tawaran berlakon, cuma masa tidak mengizinkan. Kami berdua sekarang sibuk dengan keluarga dan perniagaan. Terus-terang saya memang tak ada masalah kalau Ayu nak kembali berlakon, saya sokong.

“Tapi, kalau dia berlakon, apa yang saya risaukan ialah masanya dengan saya dan anak-anak.Sebab apa-apa pun, saya nak dia letak keutamaan itu pada suami dan anak. Ayu ini pula, kalau nak bergerak ke mana-mana pun, dia nak saya ada.

“Dia ini boleh saja memandu kereta sendiri, tapi dia malas. Apa-apa pun, dia memang nak saya sentiasa dengan dia. Pernah terfikir untuk mudahkan urusan dia bergerak dengan menyediakan pemandu peribadi, tapi risiko juga atas faktor keselamatan isteri,”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zaquan Adha (@zaqone_08)

Untuk info, Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : CARI

Be the first to comment on "Ayu Raudhah Ditvduh Queen C0ntrol, Hal4ng Suami J4di Pelakon?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*