Mana Tumpah Kuah Kalau Tak Ke Nasi, Ini Ibu Dan Ayah Uqasha Dan Nelydia Senrose.. Patutlah Cantik!

Nelydia dan Uqasha Senrose bukanlah nama asing dalam dunia hiburan tanah air. Dua beradik ini antara pelakon wanita yang mempunyai ramai pengikutnya. 

Keakraban antara Nelydia dan Uqasha juga dapat dilihat daripada perkongsian mereka di laman sosial. Meninjau akaun Instagram Nelydia Senrose telah pun dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan wajah mereka ketika di zaman kanak-kanak suatu ketika dulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @nelydiasenrose

Adik-beradik ini sememangnya sangat jelita dan sering dikaitkan dengan ramai selebriti lelaki popular sebagai kekasih sebelum masing-masing kini bahagia selepas mendirikan rumahtangga sendiri.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Uqasha dan Nelydia mempunyai ibu bapa yang tidak kurang kacak dan jelitanya. Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? 

Sebelum ini, satu akaun Instagram telah berkongsi video memaparkan Uqasha dan Nelydia bersama seorang lelaki. Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah bapa kandung mereka sendiri yang jarang dilihat gambarnya sebelum ini.

Kelihatan dua beradik ini memang sangat akrab dengan bapa mereka. Dalam video tersebut, Uqasha memberitahu bahawa mereka ada bersama bapa dan keluarga untuk berbuka puasa bersama. Comel melihat telatah anak beranak ini membuat video bersama bapa mereka.

Di ruangan komen, rata-rata memuji bapa mereka kelihatan amat kacak. Bagaimanapun, video itu kini tidak lagi boleh ditemui berkemungkinan akaun Instagram tersebut telah memadam video itu.

Namun masih terdapat gambar lain yang memperlihatkan wajah ibu bapa mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Youtube

Be the first to comment on "Mana Tumpah Kuah Kalau Tak Ke Nasi, Ini Ibu Dan Ayah Uqasha Dan Nelydia Senrose.. Patutlah Cantik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*