Pernah Dicera1kan Ketika Sedang Hamil! Elly Mazlein Cerita Beliau Rasa Bersyukur!

“Dahulu tak pernah rasa berjalan dengan suami, anak,”

Itulah kata-kata seorang selebriti yang tidak asing lagi di tanah air kita, Elly Mazlein berikutan pengalamannya sewaktu perkahwinan terdahulu.

penyanyi, Elly Mazlein menganggap dirinya seorang wanita yang bertuah dengan kehadiran Mohd Azlan Che Nuh sebagai teman hidup yang membolehkannya mengecap kebahagiaan semula.

Katanya, dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah apabila menggantikan seorang suami terbaik sebagai ketua keluarga kecil mereka.

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah merasa apa yang suami buat sekarang samaada untuk saya, anak dan bapa saya  sebelum ini.

“Anak saya Sephia tak pernah merasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah merasa berjalan dengan suami dan anak. Saya tak pernah rasa semua itu sebelum ini..

“Tapi, alhamdulillah Allah bagi saya peluang tersebut semula. Saya tak minta apa-apa dengan suami. Cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa, serta setia,” katanya menerusi Program Keringat Selebriti di Awesome TV.

Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu menitiskan iar mata syahdu tatkala menyentuh hal keluarga ketika diundang menjadi tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara tersebut.

Untuk info, pasangan berkenaan dikurniakan seorang putera bernama Haider Mateen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Sebelum ini, Elly pernah berdepan kehancvran rumahtangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2015 iaitu tidak sampai setahun berkahwin hingga meraih perhatian ramai.

Mereka bercera1 ketika dia sedang hamil anak pertama, Putri Sara Sephia yang pada waktu itu baru empat bulan dalam kandungan.

Pada masa yang sama, pelakon dan pengacara itu juga melihat segala yang berlaku dengan berlapang dada malah semakin reda dengan ketentuan takdir.

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami. Tapi kalu kita sudah cuba tapi bukan rezeki dengan suami bermakna itu memang bukan jodoh kita.

“Saya sudah buat yang terbaik, jadi memang bukan rezeki serta jodoh saya,” luah pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu lagi dengan tenang. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Youtube

Be the first to comment on "Pernah Dicera1kan Ketika Sedang Hamil! Elly Mazlein Cerita Beliau Rasa Bersyukur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*