Wanita ‘Kes Basikal Lajak’ Minta Semua Pihak Tidak Berdebat, Sal4hkan Sistem Kehakiman

Pesalah kes memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemat1an lapan remaja yang menunggang basikal lajak, kec3wa ada pihak menyalahkan sistem undang-undang dan kehakiman negara.

Menurut peguamnya, Muhammad Faizal Mohktar, anak guamnya itu menyedari ramai pihak yang sedang berdeb4t berhubung kes yang dihadapinya.

“Bagi Sam, dia percaya kepada kedaulatan undang-undang dan dia akur dengan sebarang keputusan mahkamah.

“Dia melahirkan rasa kec3wa apabila pihak menyalahkan sistem kehakiman. Apabila dia menang, sistem kehakiman (dikatakan) rosak dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, anak guamnya tidak mahu kesnya dilihat daripada perspektif perkauman, tetapi sebagai insiden malang yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Katanya, tertuduh faham isu ini membabitkan nilai nyawa manusia. Justeru, kes ini bertembung dengan isu kebebasan seseorang tertudvh selagi tidak dibuktikan bersalah dan pada masa sama pendakwa raya memperjuangkan mengenai nilai manusia.

Semasa memberi keterangan bela diri di Mahkamah Majistret, anak guamnya berkali-kali mengucapkan rasa simpati terhadap kehilangan ahli keluarga yang terlibat.

Menurutnya, Sam Ke Ting memperjuangkan kebebasan yang dirasakan sangat berharga dan mesti dibayar dengan harga yang mahal.

Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Ke Atas Tertuduh Kes Basikal Lajak, Ini Sudut Pandangan Peguam Bela Jenayah 4

Mahkamah rayuan pada Isnin membebaskannya dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan rayuannya terhadap sabitan dan hukvman.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukvman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas Sam selepas didapati bersalah atas pertudvhan memandu secara cu4i sehingga menyebabkan kemat1an lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu.

Sabitan ke atas Sam mendapat reaksi banyak pihak, yang menyaksikan petisyen dalam talian menggesa dia dibebaskan mencecah lebih 860,000 tandatangan.

Sumber: Awani

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment on "Wanita ‘Kes Basikal Lajak’ Minta Semua Pihak Tidak Berdebat, Sal4hkan Sistem Kehakiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*