Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsikan kisah sedih anaknya yang baru 2 hari bersekolah tadika tiba-tiba diberhentikan begitu sahaja. Guru di sana didkwa membuat keputusan berkenaan kerana murid itu dikatakan terkencing di dalam kelas.
Bahkan dia mencadangkan secara baik supaya kanak-kanak tersebut datang semula ke sesi persekolahan tahun hadapan agar lebih bersedia.
Walaupun sedih anaknya diperlakukan begitu, ibu berkenaan akur dan tampil meminta maaf atas masalah yang terjadi.
Menurut penjelasan, gadis kecilnya sudah pandai untuk ke tandas dan menguruskan diri sendiri. Pun begitu, dia percaya budak itu mungkin merasa gugvp kerana masih baru bersekolah lantas membuatnya tidak berani bercakap dengan andai kata terasa hendak membuang air.

4-5 tahun sepatutnya anak dah boleh urus diri sendiri
Terkesan dengan isv berkenaan, Cikgu Ayu selaku seorang guru tadika juga terlihat menyuarakan pendapatnya sendiri di TikTok sebentar tadi. Beliau memberikan tegvran secara menyeluruh baik kepada pihak pendidik mahupun penjaga sendiri.
Baginya, cikgu tadika berkenaan wajar memberikan masa kepada para murid dan usah terlalu cepat membuat keputusan melulu. Manakala ibu buat bapa pula, mereka perlu faham keperluan mengajar anak-anak untuk ‘lepas pampers’ seawal usia 3 tahun lagi.
@cikguayu_imtecer Celoteh pagi! Nak kecam kecam lah! Reality parents sekarang! Lemah! Bukan berkaitan kes tu je…… ni kes parents yg xpandai ajar anak urus diri!
Betul, cikgu bukan bibik…Didikan bermula dari rumah
Meskipun kedengaran lantang, net1zen sangat bersetuju dengan perkongsian Cikgu Ayu. Realitinya di luar sana, mereka akui didikan tentang membuang air sepatutnya bermula dari rumah lagi dan bukannya berharap pada guru untuk menguruskan hal sedemikian rupa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : TikTok cikguayu_imtecer
Be the first to comment on "Diberhentikan Kerana Terkencing Dalam Kelas, Cikgu Lantang Beri Tegvran!"