Cer4i Talak Satu! Perkahwinan Mak Wan Lat4h Hanya Bertahan 3 Bulan!

Bagi sesiapa yang mengemari drama Melayu di TV3, sudah tentu mengenali Mak Wan Latah. Siapa sangka dalam usia senja, Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud dipertemukan jodoh dengan lelaki yang boleh menghabiskan sisa hidup bersamanya.

Harapkan panas sehingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Begitulah perumpaan yang dapat disimpulkan terhadap nasib yang men1mpa pelakon veteran Mak Wan Latah selepas suaminya, Husain Dolah melafazkan tal4k satu selepas tiga bulan berkahwin.

Lafaz cera1 dilakukan Husain, 74, terhadap Mak Wan dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin kira-kira pukul 9.40 pagi di Mahkmah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Khamis.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku pla1ntif hadir ke mahk4mah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

mak wan4

Gambar perkahwinan Mak Wan dengan Husain Dolah.

Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahk4mah dengan alasan tertentu.

Menurut Husna pihak mereka memfa1lkan permohonan percera1an tersebut pada 24 Mac lalu.

“Kes percera1an di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama.

“Pihak kami telah memfailkannya kes pencera1an ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April.

“Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkmah dengan alasan yang munasabah,” katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-04-21 at 1.04.15 PM

Peguam Husna Hamdan mewakili Husain Dolah.

Sementara itu, Mak Wan yang dihubungi mStar pada awalnya mem4tikan panggilan dibuat, bagaimanapun seorang wanita dipercayai pembantunya kurang senang dengan pertanyaan berhubung isv itu.

Untuk rekod, Mak Wan Latah berkahwin dengan Husain pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Majlis resepsi mereka diadakan seminggu kemudian di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Ikuti laporan penuh mStar yang turut hadir membuat liputan kes berkenaan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Cer4i Talak Satu! Perkahwinan Mak Wan Lat4h Hanya Bertahan 3 Bulan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*