“Berd0sa besar buka A1b orang, Nabi pun orang f1tnah”- Mak Wan

Selepas pihak bekas suami Mak Wan Latah iaitu Husain Dolah, membuat kenyataan bahawa pelakon ini tidak mempunyai akhlak yang baik serta tidak menghormati bekas suami, ramai yang tertunggu apa pula kata dari mak Wan Latah.

Namun, ternyata Mak Wan tidak mahu memanjangkan cerita dan hanya mahu menyimpan a1b keluarga termasuk pihak bekas suaminya itu.

“Bukannya saya tak nak jawab, memang keadaan tak mengizinkan.”

“Saya tak nak menjawab sebab tak mahu a1bkan sesiapa termasuklah keluarga belah sana.”

“Sungguhpun ada perkara yang saya nak beritahu, namun saya tak nak. Biarlah saja Tuhan yang menghvkum dan menentukan semuanya.”

Mak Wan turut muatnaik satu video yang menyatakan, adalah satu perkara yang tak baik jika membuka a1b seseorang.

“Cukuplah, jangan cakap benda yang tak baik lagi. Hal ini pun sudah selesai. Saya tak nak menga1bkan sesiapa. Biarlah saya dan Tuhan yang tahu. Kita ni berdosa besar buka aib orang.”

“Saya ni pun memang bukanlah orang yang baik sangat dan saya pun tak nak berakhir begini. Ada hikmahnya.”

“Dalam bulan puasa ni memang saya tak nak jawab apa-apa. Tak mahu a1bkan sesiapa. Nabi Muhammad yang baik pun orang f1tnah, apatah lagi manusia biasa. Saya diam saja.”

@_makwanlatahofficial Reply to @sijantunghati07 ♬ original sound – _makwanlatah

Mak Wan kini dalam fasa menggembirakan dirinya saja, dan mahu fokus kerja.

“Saya sekarang semakin happy, macam dulu. Kembali kepada normal. Saya tunggu mahu kerja, nak fokus pada dunia seni, dunia dan akhirat.”

Mak Wan Latah juga tak mahu lagi fikir tentang jodoh, dan mahu hidup sendiri.

“Taklah kot. Buat masa sekarang tak kot. Tak mahulah pisang berbuah empat kali. Saya bersyukur dapat kesihatan yang baik, ada tenaga untuk kerja sendiri. Dari harapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri.”

Itulah komen dari Mak Wan latah tentang kisah perkahwinannya dengan Husain Dolah yang bertahan 3 bulan saja.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :OhBulan

 

Be the first to comment on "“Berd0sa besar buka A1b orang, Nabi pun orang f1tnah”- Mak Wan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*