“Minta Maaf Sayang…” – Ini Ke Girlfriend MK? Fuh Ramai Heart Br0ken Weh!

Kalau sebut sahaja pasal muzik rap, sudah pasti ramai yang mula mengaitkan dengan beberapa penyanyi termasuklah MK K-Clique. Mula mencuri tumpuan pada awal karier, sehingga kini selebriti berkenaan seakan-akan tidak lepas tangan menerima pelbagai tawaran.

Selain menyanyi, dia juga perlahan-lahan mengayuh dalam bidang lakonan dan pertama kali muncul dalam drama ‘The Hotel‘.

Saya sedang dalam proses memperbaiki diri dan menyayangi orang-orang yang ada di sekeliling

Terdahulu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin sering kali diasak soal teman wanita. Namun, dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menghebohkan perkara itu.

Menurut akhbar Kosmo, tiada sebab dirinya ingin menyorok identiti girlfriend memandangkan banyak hati yang perlu dijaga. Tambahnya, dia tetap akan berkongsi jika perlu dan kini sedang fokus dalam memperbaiki diri.

Minta maaf atas semua sayang…terima kasih sebab masih sabar dengan saya

Anggota kumpulan K Clique, MK membuat kejutan apabila akhirnya memuat naik gambar kekasih hati dikenali sebagai Siti Hajar.

Perkara itu dibuat MK MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan menerusi satu hantaran terbaru di Instagramnya.

Menerusi posting berkenaan MK turut menulis kapsyen ‘berbunga’ buat teman wanitanya itu.

MK juga dilihat turut menyertakan nama Instagram wanita tersebut sekali gus mencetvskan pelbagai spekulasi timbul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

“Minta maaf atas semua sayang.

“Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak,” katanya.

Diharap semua dapat bersabar di bulan puasa…dah ada bau-bau kenduri ni, untunglah dah berpunya

Menjengah pada ruangan komen, hantaran itu ternyata telah membuat ramai peminat wanita mula kecewa dan cuba untuk menerima hakikat. Malah, rakan selebriti yang lain juga turut mengucapkan tahniah selain berharap mereka disatukan secepat mungkin.

Kebanyakan mereka dilihat agak terkejut namun pada masa sama gembira dengan pengumuman berkenaan.

Malah, ramai juga yang ‘patah hati’ apabila melihat gambar romantik yang dimuat naik MK.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak, Kosmo, Instagram Hairiwhutt

Be the first to comment on "“Minta Maaf Sayang…” – Ini Ke Girlfriend MK? Fuh Ramai Heart Br0ken Weh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*