Siti Nurhaliza Mohon Doa Peminat, Bakal Habiskan Ramadan di Makkah

Kuala Lumpur: Datuk Seri Siti Nurhaliza menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Makkah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa, semalam.

Siti dalam satu hantaran di media sosial memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulis Siti di Instagram Story.

Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan.

Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram CTDK

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Mohon Doa Peminat, Bakal Habiskan Ramadan di Makkah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*