Gara-gara Lelaki Asyik Tengok Bentuk Badan, Haneesya Hanee Kini Selesa Bertudung

TAMPIL dengan imej bertudung dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan, pelakon Haneesya Hanee mengakui dirinya berasa lebih selesa dan tenang.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 21, berkata, tidak banyak mata yang tertumpu ke arah bentuk badannnya seperti selalu.

Dia juga mengharapkan doa-doa peminat agar hatinya segara terbuka untuk terus kekal dengan imej sebegitu.

“Setiap kali bulan Ramadan saya akan bertudung bagi menghorm4ti bulan yang mulia ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa apabila dapat menutup dengan sempurna kerana tidaklah orang asyik pandang badan sahaja.

“Sebagai seorang wanita Islam semestinya semua ada niat untuk pakai tudung suatu hari nanti. Saya mohon peminat untuk doakan agar saya segara terbuka hati ke arah itu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Haneesya selesa bertudung di bulan Ramadan.

Haneesya manis bertudung.

Bagaimanapun, Haneesya berkata, dia bersedia dikec4m apabila kembali kepada imej tanpa hijab.

Menurut Haneesya, dia sudah biasa dengan kecaman dan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya pasti faham tentang perubahan tersebut.

Apa lagi saya boleh buat jika kena kec4m? Jadi biarkanlah

HANEESYA HANEE

PELAKON

“Saya sudah lali dikec4m dan menjadi kebal dengan kritikan. Jika ada yang kec4m maksudnya mereka bukanlah peminat sebenar kerana tidak tahu saya akan sentiasa bertudung sepanjang Ramadan.

“Apa lagi saya boleh buat jika kena kec4m? Jadi biarkanlah,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini, Haneesya tidak berpeluang untuk berehat panjang kerana sibuk dengan penggambaran.

haneesya hanee 2

Haneesya sedia terima kecaman.

“Saya hanya sempat berehat seminggu awal Ramadan. Selepas itu kembali sibuk di lokasi penggambaran.

“Memang tahun ini meriah dengan bazar, tetapi saya masih belum berani untuk ke tempat yang ramai orang kerana bimbang terkena jangk1tan c0v1d-19 dan akan menyusahkan produksi,” jelasnya.

Haneesya bakal tampil dalam dua drama berjudul Tari Andi dan Normi Kemball.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Gara-gara Lelaki Asyik Tengok Bentuk Badan, Haneesya Hanee Kini Selesa Bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*