Kongsi Moment “Mother’s Talk” Bersama Che Puan Khaleeda, Ini Tiga Permintaan Puan Mona Untuk Bella

Beliau antara insan terawal yang menggerakan #Justicebella. Bairpun tiada sebarang kaitan mahupun ikatan persaudaraan, namun semuanya atas dasar kemanusiaan membuatkan wanita bernama Mona Din ini sanggup mengharungi seribu satu kepayahan.

Alhamdulillah sinar mula menerangi kes penderaan adik Bella bila mana ada campur tangan daripada Tunku Mahkota Johor 9TMJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga isteri,YM Che Puan Besar Khaleeda.

Dalam satu pertemuan baru-baru ini, puan Mona Din berkesempatan  berbual bersama Isteri kesayangan TMJ ini. besar harapannya untuk memastikan adik Bella terus diberi keadilan yang sewajarnya.

Dalam facebooknya, Puan Mona Din berkongsi beberapa permintaannya kepada Che Puan Besar Khaleeda untuk adik Bella.

HARAPAN BUAT YAM CHE PUAN BESAR KHALEEDA ( CPB)

Semalam masa jumpa TMJ & CPB,  saya sempat mempunyai moment ‘mother’s talk’ berdua dgn Che Puan.

Antara perkara2 yg saya minta dr CPB adalah :

1. Saya minta CPB tolong carikn KELUARGA ANGKAT unt Bella.

Saya rasa mungkin CPB ada kwn2 yg layak mjadi ‘ibu dan family’ for Bella.

Saya cakap Bella deserved at least satu peluang dlm hidupnya untuk merasa bahagia, mengetahui yang sebenarnya masih ada ‘ a beautiful life’ di luar sana, yang mungkin selama ini tidak pernah Bella tahu, tidak pernah Bella rasa.

Saya ceritakan bagaimana Bella dulunya di jumpai merayau di jalanan dalam keadaan tidak terurus, tidak ditemui waris / keluarga, tidak pernah punya apa2 identiti hatta umur nya hanya sekadar di teka, dan kerana dia mnyebut bella kala di tanya nama; itulah satu2 nya identiti yg dia ada – namanya, Bella.

Saya minta CPB fikir2 kn kot2 ada yg mampu mberikn kasih sayang buat Bella – kerana untuk seorang anak syurga Sindrom Down, hanya ada 2 perkara yang penting buat mereka :

Mereka suka mempamerkn kasih sayang, dan mereka sangat mengharap org berikan mereka kasih sayang. Itu sahaja.

Saya bagitau CPB, saya memang sangat berhajat untuk mngambil Bella, tapi saya tidak mampu. Saya sudah terlalu tua untuk menjaga 2 anak Sindrom Down, apatah lagi saya sekarang mempunyai masalah slipdisc stage 3.

2. Saya cadangkan CPB pergi melawat Bella.

Saya ada minta CPB pi melawat Bella, dan saya ada berpesan, JANGAN bawa press & media dan jangan juga buat live video untuk seluruh Malaysia tengok – saya cadangkan CPB mlawat tanpa heboh, bagi mngelak kemungkinan berlaku travma ketakutan adik Bella bila berjumpa ramai orang.

Saya juga bagitau CPB yang Bella suka kartun Frozen. Bella juga suka mekap. Bella suka mewarna. Mungkin boleh bawa hadiah2 tersebut untuk Bella.

Juga, mungkin CPB boleh bawakan Bella beberapa baju kurung & tudung baru – so that Bella blh pakai proper bila Bella kena datang Mahkamah nanti.

3. Saya juga ada mendengar Bella suka mandi swimming pool. Lalu saya syorkn jika CPB blh sponsor unt pegawai pelindung Bella bawa Bella mandi pool – harap dpt menjadi terapi unt membantu mngubat trauma Bella.

Saya beritahu CPB, perasaan seorang anak apabila merasa mereka tak punya keluarga , tidak ada yg mnyayangi, adalah sangat mnyedihkan.

Saya dapat melihat kesan itu apabila saya mngambil Nadira – anak angkat SDown yang sama umur dgn Bella, dan sama tempat tinggal dulu di jkm seremban together with Bella.

Nadira sangat suka peluk saya. Suka sangat suka kiss saya. Nad suka menyatakan kasihnya kepada saya.

Nadira sangat takut jika saya mahu bawa dia keluar ke mana2, sepertinya dia takut jika saya mahu menghantarnya kembali ke tempat lama.

Kerana itu Nadira selalu sebut dia tak mahu pergi mana2, dia hanya nak duduk di ‘rumah kita’ ( rumah saya sekarang ).

Nadira selalu sebut ini rumah kita, ini rumah kita. Nad sepertinya cuba nak beritahu ini rumah dia, ini family dia- she belongs to this house too..! Sedih sangat setiap kali nadira sebut mcm tu.

Bagi saya itulah pernyataan perasaan dia, di dlm cara & bahasanya sebagai seorg anak syurga sdown, yg nad sgt bsyukur akhirnya mpunyai sebuah keluarga.

Dan saya juga ceritakan kpd CPB beberapa kesan ‘trauma’ diri nadira dulu hidup sbg anak buangan, rasa takut dlm diri mereka, takut di sakiti yg masih tidak hilang hingga ke hari ini.

Saya ceritakn nadira sehingga sekarang hidup btemankan pmukul lalat – dan bagaimana dia akan panic attact klu pmukul lalat itu hilang..!

Seolah2 pemukul lalat itu perisai keselamatan dirinya, dan dia akn sgttakut jika perisai itu hilang !  [ masa saya bcerita ttg perkara ni, airmata saya tumpah jua wlu sekuat perasaan saya cuba menahan.. dan tkasih kpd CPB yg telah mngambil 3 helai tisu mberikn kpd saya, buat saya mnyapu si airmata ..

Itulah 3 perkara yg saya sempat minta secara pribadi kpd CPB di pertemuan semalam dalam perbualan kami berdua, pbualan di antara 2 orang ibu, di kala team # yg lain sedang rancak berbual dgn TMJ.

Itu harapan yg sangat dalam dari hati saya. Harapan yg saya salurkn kpd Che Puan, yang rasanya hanya Che Puan yg mampu melakukan, kerana saya bukan sesiapa, saya yg tak punya apa2 unt mlayakkan saya mberikn semua itu buat Bella.

Semoga harapan saya ini menjadi kenyataan. Harapan yg saya selitkn di setiap doa2 saya. Tuhan, tolong beri Bella peluang unt bahagia. Tolong hadirkn sesaorang yg mampu melakukan semua itu untuk Bella.

Amin Ya Rabbal Alamin

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.keluarga.my/

Be the first to comment on "Kongsi Moment “Mother’s Talk” Bersama Che Puan Khaleeda, Ini Tiga Permintaan Puan Mona Untuk Bella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*