Selepas Jumpa JPN, Ini Keputusan Halim Othman Tentang Nama Anaknya

Hasil dari pertemuan dan perbincangan yang dilakukan, keputusan yang diambil ialah untuk mengekalkan nama Myra Nastasha dengan binti Abdullah. Nama Myra tak akan ditukar kepada binti  Abdul Halim.

Kata sepakat ini telah dibuat oleh pihak Halim Othman dan juga JPN setelah berbincang dengan lebih lanjut.

“Dah berbincang dan dengar penerangan dari Ketua Pengarah tentang 1su saya ini. Saya memang sudah tak ada dokumen perkahwinan berkenaan, lagi pun 1su saya ini bukannya kes terpencil sebab baru saya tahu bahawa banyak orang yang mengalami situasi sama macam ini.”

“Dengan segala keterangan diperoleh itu dan saya pun sudah berbincang dengan anak saya Myra dan kami dah bersepakat untuk kekalkan nama dia iaitu Yusmyra Natasya binti Abdullah.”

“Kami pun dah mengambil kira beberapa aspek seperti kesul1tan kalau nak buat juga pertukaran nama bapa, dan kami pun nak move on. Paling utama, saya percaya ada hikmah disebalik nama Abdullah itu.”

Halim Othman kemudian sempat memberi pesan kepada pasangan yang bernikah di negara jiran agar hal yang terjadi kepadanya tidak terjadi kepada orang lain.

“Walau nama anak saya kekal berbinti Abdullah, saya mahu beri ingatan kepada pasangan yang bernikah di Thailand agar terus daftar perkahwinan di dalam negara.”

“Sungguhpun perkahwinan dibina ada masalahnya, pergilah jumpa pihak JPN untuk mendapatkan kaunseling, nasihat serta penjelasan lanjut. Ini penting agar jika ada anak nanti, tak jadi macam kes saya.”

“Tidak perlu ada rasa malv, atau takvt ditangk4p. JPN ni nak bantu kita. Daftar perkahwinan ni penting.”

Halim Othman sebelum ini bernikah dengan Yusnita Omar di negara jiran pada tahun 1994. Myra Natasha kemudian lahir pada tahun 1995. Perkahwinan mereka tidak kekal dan akhirnya berp1sah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Mstar

Be the first to comment on "Selepas Jumpa JPN, Ini Keputusan Halim Othman Tentang Nama Anaknya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*