“Letak plastik, ada sebabnya..”- Akui Buat Pembedahan, Lana Nodin Dedah Puncanya!

Kec0h juga apabila net1zen berbicara tentang bentuk hidung pelakon lana Nodin baru-baru ini.

Perubahan hidung Lana Nodin itu dikatakan semakin ketara ketika pelakon berkenaan tampil di beberapa video sedang mempromosikan kedai keknya iaitu Lana Bakery Land yang terletak di Kota Damansara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

Sejak itu, ramai yang menulis komen bertanya sama ada Lana Nodin dah buat hidung.

Akhirnya menerusi satu laporan Harian Metro, pelakon berumur 42 tahun ini berterus-terang memang betul dia ada buat sesuatu pada hidungnya.

Dari satu sesi live, Lana menjelaskan dia ada masalah di hidungnya itu sehingga senget dan kini meletakkan plastic agar ianya tak senget lagi.

Apa yang dilakukan bukan saja-saja tetapi ada sebabnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

“Sebenarnya ini hal peribadi, kalau ikutkan saya tak perlu nak cerita pun. Tapi tengok orang kat luar sana dah buat d0sa kering, saya kenalah cerita. Saya kesian mana tahu nanti tak jumpa kat padang mahsyar.”

“Hidung saya ini terlibat dalam kemalngan ketika waktu sekolah. Masa itu saya bawa motorsikal. Saya tak pandai sangat naik motor tapi gat4l nak naik, jadi habis jatuh tersvngkur, hidung berdarah dan dah patah.”

“Sejak itu, hidung saya jadi senget, dan saya dah pakai besi beberapa tahun. Selepas itu, saya disarankan buka besi berkenaan. Kini saya letaklah plastik atau buat rhinoplasty, sebab kalau pakai besi semula ianya lebih sejuk.”

Oleh itu Lana berkata dia bukannya nak ubah ciptaan original sebaliknya kena pakai plastik itu kerana hidung senget dan patah.

“Hidung saya senget, itu yang aslinya. Jadi kalau orang tanya sama ada saya buat hidung, memang saya buat tetapi saya dipaksa buat kerana ianya dah patah.”

“Rhinoplasty, guna plastic ni, ada jangka hayatnya. Hanya selama lima hingga enam tahun atau pun sampai sepuluh tahun, lepas tu akan kena tukar.”

“Orang yang kata saya tukar kejadian Tuhan tu, sebenarnya muka saya ni asli okay. Kalau hidung ni tak kemalngan, saya tak tukarlah.”

Itulah komen Lana Nodin tentang perubahan bentuk hidungnya. Sementara itu, Lana menganggap manusia terutama segelintir orang Melayu sentiasa bersangka bvruk terhadap sesuatu disebabkan mempunyai hati yang terlalu hitam.

“Manusia ini, sorry to say, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk, cuba la bersangka baik. Sebab apa hati dah terlalu hitam.

“Cuba bersangka baik, hati kita bersih. Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu ni lubang Michael Jackson la. Aku tahu la apa aku buat.

“Tak payah ajar aku. Dah umur 44 ini dah tahu apa benda nak buat. Kalau aku jenis nak buat, dah lama dah jadi macam ini (bibir tebal)… tak ada maknanya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar, Harian Metro

Be the first to comment on "“Letak plastik, ada sebabnya..”- Akui Buat Pembedahan, Lana Nodin Dedah Puncanya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*