Tampak Mewah! Ifa Raziah Beraya Dengan Kereta Baru!

Ketika kebanyakan orang membeli-belah pakaian dan barangan keperluan Aidilfitri, penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah pula ‘shopping’ kereta baharu sempena Aidilfitri ini.

Dalam hantarannya di media sos1al, Ifa berkongsi video dia berada di pusat jualan kereta dan kereta baharunya, BMW M4 berwarna hijau.

“Syukur Alhamdulillah. Rezeki berkat bekerja keras sepanjang tahun ini, Miss Diva dapat ganjaran kereta raya,” tulisnya.

Ifa ketika dihubungi berkata, dia sebenarnya sudah menempah kereta itu sejak enam bulan lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

“Kereta ini adalah BMW M4 berwarna hijau. Saya dah tempah sejak enam bulan lalu dan baru sampai, betul-betul nak dekat Aidilfitri. Memang seronoklah dapat beraya dengan kereta baharu atau kereta raya,” katanya kepada Harian Metro.

Hasil carian di Internet mendapati harga kereta model itu adalah antara RM659,357 hingga RM684,800.

Terbaharu, Ifa baru saja selesai mengadakan Starvendor Mega Raya Fest 2022 selama 75 jam tanpa henti pada 22 hingga 25 April lalu.

“Terima kasih kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang banyak memberi sokongan kepada acara ini, merealisasikan impian saya untuk mengadakan acara festival ini dan kepada pihak kerajaan yang membantu dari segi pembiayaan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian metro

Be the first to comment on "Tampak Mewah! Ifa Raziah Beraya Dengan Kereta Baru!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*