Baiknya Anne Ngasri! Melawat Isteri, Bekas Suami! Akhirnya Baru Tahu Kenapa!

Nama Datin Anne Ngasri sudah tidak asing lagi bagi peminat hiburan tanah air kita. Dia yang merupakan seorang pelakon sejak kecil sering membintangi pelbagai jenis drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Sejak dari kecil Anne membintangi siri kegemaran ramai, cili padi bersama beberapa barisan pelakon lain yang  berbakat. Banyak drama yang dilakonkan olehnya antaranya ialah siri drama dunia baru yang mendapat sambutan hangat satu ketika dahulu.

Drama bersiri dunia baru itu turut dibintangi oleh Sherry Ibrahim, Elyana, Pierre Andre dan barisan pelakon muda yang lain ketika itu.

Baru-baru ini, tvlar satu perkongsian di laman sosial Instagram apabila Datin Anne Ngasri dilihat telah datang melawat isteri kepada bekas suaminya yang baru saja  bersalin seorang bayi perempuan.

Walaupun telah berpisah dengan Abdul Wafi Hassan, Datin Anne Ngasri dilihat masih menjalin hubungan baik dengan keluarga bekas suaminya itu.

Keakraban dan hubungan baik itu dilihat sebagai sesuatu yang murni dan boleh dicontohi peminatnya.

Terdahulu, Datin Anne Ngasri sah bercera1 secara rasmi dengan Wafi pada 25 Mac 2010 yang lalu. Menerusi perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan nazharah Afrozah.

Selepas berpisah, Datin Anne Ngasri telah berkahwin dengan Datuk Sumali Reduan sehingga kini. Datin Anne Ngasri juga sering dilihat berkongsi foto bahagia keluarganya menerusi laman sosial Instagramnya buat tatapan peminatnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

 

 

 

 

 

Be the first to comment on "Baiknya Anne Ngasri! Melawat Isteri, Bekas Suami! Akhirnya Baru Tahu Kenapa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*