“Bebaskan Aku!”- Yasin Tulis Lagu Dalam Penj4ra, Minta Tol0ng Dibebaskan Undang Sebak Ramai

PETALING JAYA – Tidak hanya berpeluk tubuh di Penj4ra Sungai Buloh akibat tudvhan mengedar dadh jenis kanabis, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan lagu baharu di sebalik tirai besi.

Perkembangan terbabit dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Yasin sebentar tadi.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penj4ra Sungai Buloh.

“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” coretnya.

Lirik lagu berkenaan dimulai dengan frasa ‘bebaskan aku’ seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibebaskan dari penj4ra.

“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” demikian antara nukilan lirik meruntun jiwa yang dikongsikan dalam Instagram Yasin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)

Bebaskan aku

Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi
Tanpa dapat ku titiskan air mata sepi
Bila ku katakan semuanya baik di sini
Ku tak ingin engkau rasa susah hati

Hatiku berkecai seolah sudah tiada
Dan jiwaku ini terus meronta
Ingin bebas dan bersamamu semula

Tuhan lepaskan aku dari rantai ini
Berikanku cahaya dari kegelapan ngeri
Ku ingin kembali pada yang ku kasihi
Dan hidup seperti dulu lagi

Bebaskan aku yang terper4ngkap di dalam masa
Tanpa dapat ku melihat penghujungnya
Sudah terlalu lama tak ku rasa cinta
Bangkitkan ku dari mimpi ini segera

Lagu: Yasin Sulaiman
Lirik: Yasin Sulaiman / Jo Tan @ Klinik PSB

Syawal 1443 Hijrah / Mei 2022

Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penj4ra Sungai Buloh.

Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.

Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkmah Sesyen dan Majistret atas dua pertvduhan mengedar dan menanam 17 pokok g4nja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan 

Yakin Allah Bagi Sesuatu Yang Terindah Buat Yasin Sekeluarga

Sama-sama Doakan Kebebasan Yasin

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.kosmo.com.my/

Be the first to comment on "“Bebaskan Aku!”- Yasin Tulis Lagu Dalam Penj4ra, Minta Tol0ng Dibebaskan Undang Sebak Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*