Suasana Hari Raya pasti meriah bila bersama keluarga dan sanak-saudara. Apa yang menarik perhatian, video yang dikongsikan oleh Anuar Zain bersama dengan anak saudaranya, Erni Zakri dan Syamel menyanyikan lagu raya menarik perhatian peminatnya.
Selain itu, dia juga turut berkongsikan kemeriahan suasana pada hari raya di rumah bersama sanak-saudaranya.
View this post on Instagram
“Kepada semua teman-teman saya di Instagram, di Facebook, di Tiktok, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hrai Raya Maaf Zahir & Batin dan semoga kita semua mendapat keredhaan Allah SWT.”, ucap Anuar.
“Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.” tambahnya lagi di kapsyen Instagramnya.
Anuar Zain, Syamel, Ernie Nyanyi Lagu Raya
Di samping itu, Anuar Zain turut memuatnaik satu video yang menjadi perhatian netizen. Menerusi video itu, kelihatan Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri menyanyikan lagu raya dan mencuit hati para peminat mereka.
Cuba tengok sampai habis, part last tu memang lawak!
View this post on Instagram
Rata-rata peminat dan rakan artis terhibur dengan gelagat mereka dan mengucapkan selamat hari raya buat mereka bertiga.
“Anuar Zain Salam Aidilfitri..you are my favourite singer”.
“Hah la hah la hah laaaaa….comel sungguh”.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : Instagram Anuar Zain
Be the first to comment on "Bila Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel Bergabung Nyanyi Lagu Raya, Macam Ni Jadinya!"