“D0ktor beritahu degupan jantung dah terhenti..”-Takz1ah Datin Elvina!

Sambutan hari raya tahun ini diiringi dengan sedikit khabar dvka buat pelakon cantik datin Elvina.

Dari laporan portal Mstar, Elvina mengsahkan bahawa dirinya telah alami kegguran anak keduanya.

Usia kandungan Elvina kini sudah pun masuk ke usia tiga bulan. Namun sayang takdir sudah tertulis, belum ada rezeki buat Elvina dan suami menimang cahaya mata kedua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ELVINA MOHAMAD 🦋 (@elvinamohamad)

Pelakon berumur 27 tahun ini mengesahkan bahawa doktor mengatakan baby dalam kandungan sudah tidak lagi mempunya degupan jantung pada bulan puasa yang lepas, sebelum kedatangan hari raya.

“Kami menerima berita bahawa degupan jantung baby dalam kandungan telah terhenti seminggu sebelum hari raya. Pegawai perubatan memberitahu, kebiasanya ianya akan keluar sendiri secara semula jadi.”

“Akan tetapi, pada hari semalam, saya mula rasa tak selesa dan ada sak1t kemudian terus pergi ke hospital. Doktor telah melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini.”

Memang mahu menimang anak kedua, Elvia luah rasa hatinya yang amat pilu.

“Semasa ketahui degupan jantung baby dah tiada, saya memang rasa amat pilu dan down kerana saya memang dah merancang untuk hamil pada tahun ini. Apapun, bagi saya, anggap saja tak ada rezeki dan semuanya ketentuannya.”

Suami kepada Elvina iaitu Datuk Haniff Borhan pula berkata, apa yang berlaku bukannya kesilapan dari isterinya itu. Ianya tak ada kena mengena bahawa isterinya aktif bekerja.

“Doktor kata punca apa yang terjadi ini bukannya kerana isteri aktif bergerak atau bekerja sebab doktor beritahu rahim isteri saya ni kuat.”

“Mungkin anak ini belum mahu lagi dilahirkan ke dunia ini, oleh itu ianya bukan lagi rezeki kami.”

Diimbas kembali, Elvina dan suaminya Datuk Haniff berkahwin  pada tahun 2018 dan sepanjang empat tahun berkahwin, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Karl Mateen yang kini berumur 3 tahun.

 

 

Be the first to comment on "“D0ktor beritahu degupan jantung dah terhenti..”-Takz1ah Datin Elvina!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*