Tahniah! Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Sulung

Momen paling berharga dalam diri seorang yang bergelar ibu adalah ketika melahirkan permata hati.

Tambahan pula, momen tersebut adalah saat melahirkan cahaya mata sulung.

Ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup apabila dianugerahkan zur1at hasil daripada perkahwinan bersama suami tercinta.

Pelakon dan selebriti popular, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka pada pukul 3.40 pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, Emir melahirkan rasa bersyukur dan meminta agar peminat mend0akan kesihatan dan kesejahteraan anak dan isterinya.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW

  “Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.” tulis Emir.

Selain itu, Emir juga turut bercerita mengenai keadaan anak dan isterinya yang berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.” tambahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Sungguhpun Emir dan Mira berkongsi jantina anak sulung mereka, namun, kedua-duanya masih belum berkongsi gambar serta nama bayi mereka.

Turut mengucapkan terima kasih buat sahabat dan peminat, Emir dan Mira turut mendoakan kebaikan buat mereka yang mendoakan keadaannya serta anaknya.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.” tulis Emir.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis yang menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.
 
Tahniah Mira & Emir
 
Untuk rekod Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada September 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram Mira Filzah

 

Be the first to comment on "Tahniah! Mira Filzah Selamat Lahirkan Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*