“Dah Tua Nak Mamp0s Tapi Tamak Hal0ba!”- Awie

“Kami rasa sangat kecewa, dah tua bangka dah nak mamp0s, tiba-tiba jadi tamak haloba…”

Demikian getus vokalis wings, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 54 yang kecewa melihat perbalhan dalam kumpulan Search sehingga anggota kumpulan rock lagenda itu kini terbahagi kepada dua.

Mengakui Wings kumpulan yang lebih junior berbanding Search, Awie merasakan pergadvhan sebegitu tidak sepatutnya berlaku memandangkan industri hiburan di Malaysia tidaklah besar mana.

“Kami beranggapan mereka(Search) seperti ‘Big Brother’. Kami tahu limitasi, kami ini adik dan mereka tetap abang.

“Saya sangat kecewa, hanya kerana nama dan bukan ada harta pun? Kecewalah, sepatutnya hal begini tidak sepatutnya berlaku. Masing-masing nak cari makan, Malaysia kecil, pusing-pusing jumpa orang yang sama,” katanya.

Awie ditemui ketika sesi bersama media persembahan Wings Rocks & Dine 36 Anniversary Celebration di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 26 Februari.

Memberi contoh, Awie sendiri pernah keluar daripada kumpulan Wings namun tetapi tidak terlibat dalam perbalhan seperti kumpulan berkenaan.

“Saya yang bagi nama Wings dan saya pernah keluar daripada kumpulan. Tapi saya tak bising soal nama, kamu nak cari makan, saya pun nak cari makan. Apa yang tervk sangat nak gadvh pasal nama?,” tegasnya.

Menurut pelantun lagu Tragedi Oktober itu lagi, mereka yang sudah meninggalkan kumpulan disebutkan itu tidak sepatutnya bertindak mengervhkan keadaan.

“Dah ada populariti, kamu bawalah populariti itu untuk bina satu perkara baharu. Kamu nak guna nama itu juga lepastu nak hukum kawan-kawan. Apa faedah ni? Tak ada faedah.

“Kami pun ada anggota yang keluar, dia masih guna nama belakang Wings. Ada kami bising? Kami ketawa sahajalah,” tutur Awie.

Prihatin dengan apa yang berlaku terhadap rakan seperjuangan dunia rock n roll, Awie menegaskan pertelngkahan sebegitu tidak wajar berlarutan sehingga ke tahap sekarang.

“Yang dah keluar tu keluarlah, tinggallah yang sedia ada. Itulah Search bagi saya. Dah umum keluar tapi kamu nak bawa nama sekali, mana boleh. Dah keluar, buat nama baharu,” katanya.

Awie memaklumkan soal hak cipta tidak sepatutnya timbul memandangkan kumpulan-kumpulan lama dah berstatus ‘otai’ tidak pernah mengalami 1su begini.

Bagaimanapun, dirinya menyarankan pemuzik-pemuzik generasi baharu terutamanya yang muncul secara berkumpulan untuk mendaftar nama kumpulan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Hanya orang tamak sahaja kec0h pasal ni, orang lain tak kec0h pun. Kalau tengok Alleycats, Carefree, Revolvers, Sweet Charity, tiada pun orang sibuk pasal nama. Yang satu ini kita pelik.

“Kalau label(syarikat rakaman) yang daftar, nama itu menjadi hak milik label. Kalau dia nak rebut, dia kena berbincang dengan siapa yang cipta nama kumpulan dan daftar supaya sesiapa tidak boleh tuntut.

“Nasihat saya, kalau rasa sesuatu kumpulan itu ada nama yang bagus, daftarkan dengan MyIPO. Buat keputusan terbaik sama ada untuk daftarkan secara berkumpulan atau seorang individu sahaja yang pegang hak.” katanya lagi.

Terdahulu, kumpulan Search kini terpecah dua iaitu kumpulan yang dianggotai pemain gitar adik-beradik, Noordin dan Kid serta satu lagi kumpulan dianggotai bekas penyanyinya, Amy, Nasir Daud, Man Kidal dan Hillary Ang yang turut menggunakan nama Search.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Youtube

 

 

Be the first to comment on "“Dah Tua Nak Mamp0s Tapi Tamak Hal0ba!”- Awie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*