“Jaga Adab…”- 12 Tahun Digelar Janda, Akhirnya Raja Azura Buka Mulut!

Petaling Jaya: “Saya bahagia dengan anak-anak. Saya tak perlu ada pasangan hidup,” Demikian kata pelakon dan pengacara popular, Raja Azura, 49, yang sudah 12 tahun berstatus janda dan sedikit pun tidak terasa hati dengan gelaran dianggap kas4r oleh segelintir ibu tunggal atau wanita yang bercera1 itu.

Raja Azura yang melakonkan watak Noraini dalam filem 3 Janda Melawan Dunia, sebelum ini pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Meski jodoh tidak panjang apabila bercera1 pada 28 September 2010, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 20, Megat Luqman Hakim,19, dan Puteri Mia Maizura, 17.

Menurut Raja Azura, baginya orang yang nak ada pasangan hidup baharu kerana inginkan kebahagiaan dan ekonomi (pendapatan) yang okey. Namun, buat dirinya sudah tentu dia bersyukur mempunyai ekonomi hidup yang baik.

“Untuk saya, alhamdulillah ekonomi okey, rezeki masih ada dan anak-anak saya perlukan kasih sayang saya. Lagipun, saya ini terlalu sayangkan anak-anak. Nak tengok mereka sampai berjaya dan boleh berdikari atas kaki sendiri.

“Kemudian, barulah saya boleh fikir tentang diri sendiri. Malah, pada saya jodoh itu takkan lari mana-mana pun dan tak perlu risau. Allah kata sampai waktu Dia beri, pasti Dia akan beri. Kalau kata tak ada (jodoh), tak payah cari,” katanya lagi.

Mengaku sering ditanya mengenai pasangan hidup baharu, Raja Azura berkata dia sebenarnya sudah lali dengan soalan buka pintu hati untuk ikatan perkahwinan lain yang baginya sekarang sudah amat bahagia.

“Selalu orang tanya saya soalan itu (buka pintu hati). Pertama sekali saya nak tahu, sebenarnya dalam perkahwinan ini apa tujuannya? Apa misi sebenar nak teman hidup? Dan bagaimana pula dengan anak-anak?

“Adakah teman hidup boleh terima nanti? Lepas itu, nak kena kenal ipar-duai lagi yang kita pun tak tahu mereka suka atau tidak pada kita. Kalau kenal orang berduit, orang ingat kita nak tumpang harta adik-beradik dia pula.

“Jadi, benda-benda macam ini saya tak suka. Sebab pengalaman yang berlaku dalam hidup saya sudah cukup. Saya pernah berkahwin dan ada tiga anak. Alhamdulillah, syukur saya dapat besarkan mereka dari kecil,” katanya.

Mengulas dirinya yang tidak kisah dipanggil janda, Raja Azura berkata memang realiti dia janda dan ibu tunggal. Jadi, tak ada beza pun. Ujarnya, apa pasti dia sentiasa menjaga adab dan tertib demi nama baik serta maruah keluarganya termasuk bekas bapa mentua.

“Saya tak ada masalah dengan panggilan janda itu. Dah memang betul pun janda. Bagi saya, yang penting kena sentiasa jaga adab, jaga tertib. Apatah lagi, kita tahu diri ibu tunggal, jadi memang kena jagalah adab dan tertib sebagai seorang janda dengan baik,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian Metro

Be the first to comment on "“Jaga Adab…”- 12 Tahun Digelar Janda, Akhirnya Raja Azura Buka Mulut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*