Sah Bercerai! Rumahtangga Ellie Suriaty, Azri Iskandar Akhirnya Berakhir selepas 19 tahun kahwin

Nampaknya kisah dan hubungan antara dua selebriti iaitu Azri Iskandar dan isteri Ellie Suriaty Omar telah berakhir.

Perkahwinan mahligai yang dibina kini sudah runtuh dan iktaan suami isteri antara mereka berdua dah pun terlerai.

Azri Iskandar dan Ellie Suriaty disahkan sudah berpisah setelah lafaz dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada hari ini, hari Selasa.

Dari komen Ellie Suriaty, keputusan dari mereka berdua yang memilih untuk berpisah itu berlaku kerana dia dan Azri sudah tak ada lagi persefahaman. Ini komennya kepada portal Getaran.

“Ini merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Tetapi, saya dah pun fikir dengan masak-masak dan akhirnya, ianya kena dan perlu dilakukan.”

“Saya mahu memberi ucapan terima kasih kepada Azri untuk semua saat serta momen yang indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai pasangan suami isteri.”

“Azri ni merupakan seorang bapa yang amat baik dan dia cukup sayang semua anak-anaknya.”

Ellie

Ellie dan Azri sah cera1.

“Namun saya rasa sudah tertulis bahawa jodoh kami berdua ini sampai di sini saja. Saya mengharapkan agar orang ramai di luar sana akan dapat mendoakan hanya hal yang terbaik untuk kami berdua.”

Selepas 19 tahun berkahwin akhirnya kedua mereka memilih untuk jalani kehidupan, perjalananan serta haluan masing-masing.

Ellie Suriati telah menfailkan permohonan untuk berpisah sebelum bulan Ramadhan yang lepas.

“Perasaan tu sebak sebab bukan mudah untuk kami selepas lama hidup bersama. Ketika pertama kali Azri hendak melafazkannya itu dia juga seb4k dan tidak dapat melafzkannya dengan mudah.

Ellie dihubungi Gempak selepas berita percera1annya mula dihidu media.

Ellie masih lagi menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali selepas terlibat sebagai konsultan untuk pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess oleh Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.

Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar, Gempak

Be the first to comment on "Sah Bercerai! Rumahtangga Ellie Suriaty, Azri Iskandar Akhirnya Berakhir selepas 19 tahun kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*