“Lawanyo Yoo..”-Sambut Hari Lahir, Wajah Cantik Anak Dato’ Eizlan Yusof J4di Perhatian

Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Eizlan Yusof iaitu pelakon dan pengarah. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1994 menerusi filem pertamanya iaitu Kad Cinta.

Untuk pengetahuan semua, Dato’ Eizlan pernah mendirikan rumahtangga bersama Vie Shantie Khan pada tahun 2007 namun pasangan ini bercerai pada tahun 2014. Hasil perkahwinan selama 7 tahun, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan)

Baru-baru ini, bekas isteri Dato’ Eizlan iaitu Vie Shantie Khan telah memuatnaik beberapa keping gambar sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya iaitu Vie Zaara. Cepat betul masa berlalu, kini Zaara telah berusia 14 tahun.

Menerusi posting itu, kelihatan Zaara sangat cantik bertudung dan berbaju kurung sedondon dengan ibu dan adik-adiknya. Wajah Zaara yang begitu ayu dan cantik telah menjadi perhatian ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan)

Sumber: Instagram Vie Shantie

Wajah Zaara sememangnya diwarisi dari kecantikkan ibunya. Bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Zaara juga memiliki rupa paras seperti Dato’ Eizlan yang pernah menjadi kegilaan ramai satu ketika dahulu kerana wajahnya yang tampan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Vie Zaara Khan (@viezaarakhan)

Menerusi ruangan kapsyen, Vie Shantie sempat menuliskan doa yang baik-baik buat anak sulungnya itu. Vie Shantie juga berharap agar anaknya sentiasa mempunyai sikap merendah diri walaupun sudah berjaya satu hari nanti.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang itu untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Zaara. Di samping itu, ramai juga yang memuji kecantikan Zaara.

Cantiknya Vie Zara ni 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Cari

Be the first to comment on "“Lawanyo Yoo..”-Sambut Hari Lahir, Wajah Cantik Anak Dato’ Eizlan Yusof J4di Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*