[VIDEO] “Salah Nyanyi Pun Sedap” – Ini Reaksi Peminat Bila Siti Nurhaliza Buat Silap!

Pengurus kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak telah berkongsi momen istimewa di sebalik tabir ketika merakamkan lagu terbaru penyanyi istimewa, Lip Lap Raya.

Perkara itu dikongsi menerusi sepotong video yang memaparkan kelakuan bersahaja Siti, di mana beliau menyedari bahagian kesalahan ketika merakamkan lagu tersebut.

Menurut Rozi, Siti sentiasa menyedari bahagian kesal4han dalam nyanyian dan akan membetulkannya serta merta.

“Sebalik tabir sesi rakaman Lip Lap Raya @ctdk.

“Sepanjang menemani beliau sejak awal menjadi artis rakaman, @ctdk tahu di bahagian mana beliau salah menyanyi atau ada yang tidak betul, dan beliau akan berhenti betulkan sendiri. Guide daripada yang menjaga vokal juga sama,” kongsi Rozi.

Tambahnya, hal sebegitu bukanlah dilakukan oleh Siti seorang sahaja, malah turut dipraktikkan oleh penyanyi lain yang dikurniakan bakat secara semulajadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi)

“Bukan @ctdk sahaja tetapi penyanyi yang Allah kurniakan bakat secara semulajadi mereka memahami ‘kerja’ mereka.

“Sekadar berkongsi pengalaman dan saya akui setiap hari, banyak hal baru dan tercatat dalam minda, menghargai dan menghorm4ti orang lain di atas apa jua keistimewaan, kelebihan dan bakat yang dikurniakan,” coretnya lagi.

Mengintai ruangan komen, perkongsian itu semestinya mendapat respon positif daripada warganet.

Rata-rata mereka memuji Siti sebagai seorang penyanyi yang hebat, malah ada juga peminat menyifatkan penyanyi tersohor itu tidak pernah gag4l memuk4u dalam nyanyiannya.

“Siti tak pernah gag4l memukau saya dengan vokalnya, dari mula muncul hinggalah sekarang.

“Salah menyanyi pun sedap.

“Daripada umur saya 10 tahun macam tu sampailah sekarang datang penyanyi baru macam mana pun, time rasa nak dengar lagu cari lagu Kak Iti juga,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : MuraiMy

Be the first to comment on "[VIDEO] “Salah Nyanyi Pun Sedap” – Ini Reaksi Peminat Bila Siti Nurhaliza Buat Silap!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*