Anak Ridhuan Tee C1um, Peluk Kekasih? Ini yg dijumpai bila Net1zen buat S1asatan

VIDEO tular memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa anak kepada penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee bercivm dengan wanita mengundang kecaman.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, individu berkenaan dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucvpnya di bibir.

Video yang tular di TikTok itu turut memaparkan Instagram wanita yang dipercayai kekasih pelakon tersebut memandangkan terdapat gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profile.

Netizen b0ngkar Instagram wanita yang bercivm dengan Syafi.

Malah, menerusi rakaman tersebut, video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari akaun Instagram wanita tersebut dengan kapsyen ‘my memory syafitee’.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kepastian dan kenyataan daripada Syafi gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Sehingga kini, mStar juga sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada bapanya, Ridhuan Tee berkenaan dengan video anaknya yang sedang tul4r.

Sebelum ini, Syafi juga pernah terpalit dengan kontr0versi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tul4r pada tahun lalu.

Sehingga kini, Syafi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Video yang ditul4r di Twitter itu dikongsikan oleh seorang jurusolek yang bekerja bersama pelakon itu untuk penggambaran sebuah drama.

Tampil menjelaskan perkara itu, Syafi berkata situasi sebenar bukanlah seperti apa yang difikirkan netizen malah individu yang peluknya bukanlah seorang wanita.

Untuk rekod, Ridhuan Tee juga kerap memberi komen mengenai kehidupan artis antaranya kontr0versi melibatkan video aksi luc4h aktor Zul Ariffin dan aksi mesra peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz dengan Danial Chuer.

Tiada Babak Bersentuhan, Syafi Tee Jaga Nama Baik Keluarga

Wajahnya semakin banyak muncul menerusi drama yang ditayangkan di kaca televisyen, namun siapa sangka, pelakon Syafi Tee sebenarnya anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Mendapat restu daripada ayahnya untuk menceburkan diri dalam dunia seni, pemuda berusia 28 tahun itu berkata dia sangat beruntung kepada bapanya sudah memahami asam garam serta selok belok dalam dunia seni.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

“Papa sudah ‘masak’ dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Bakat digilap melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, Syafi berkata cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan. Namun, dia berpegang pada pesanan bapanya untuk menjaga batas.

“Cabaran dan uj1an itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat. Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik. Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, Syafi berkata jika dia tidak selesa dengan mana-mana babak lakonan, dia akan berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Anak Ridhuan Tee C1um, Peluk Kekasih? Ini yg dijumpai bila Net1zen buat S1asatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*