“Tak wajar macam tu!”- Murid makan bersila di lantai, persatuan guru gesa SIasatan!

Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyiasat kejadian foto tular memaparkan sekumpulan murid di sebuah sekolah yang sedang duduk dan makan di lantai.

Menurut lap0ran Harian Metro, presidennya Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan itu perlu dijalankan untuk mengetahui kebenaran sekali gus dapat mengelak persepsi negat1f daripada segelintir pihak.

“Jika benar berlaku, ia amat dikesalkan dan tidak sepatutnya terjadi. Mungkin pihak sekolah boleh menyediakan alas tikar untuk murid-murid duduk bersila supaya nampak tertib serta enak dipandang.

“Selain itu, pihak sekolah juga sepatutnya menyediakan tempat makan yang sesuai dan bersih kepada murid, malah tak wajar diperlakukan sebegitu…

“…terutama ketika sambutan Hari Guru sedangkan tetamu kenamaan disediakan meja makan khusus,” katanya menerusi lap0ran tersebut.

Mohd Azizee berkata, pihak sekolah perlu mengambil berat soal kebersiha selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula menaik taraf lantai kantin yang dilihat sudah uzur.

Jumaat lalu, tuIar beberapa keping foto di media sosial memperlihatkan sekumpulan murid bersila di lantai sambil menikm4ti makanan disediakan dipercayai sempena sambutan Hari Guru.

Selain itu, tular juga foto seorang lelaki menyerahkan sampul duit raya kepada sekumpulan murid berkenaan serta beberapa guru duduk di atas kerusi lengkap dengan meja berhias berkemungkinan dalam majlis sama.

Berikutan itu, warganet meluahkan rasa tidak puas hati apatah lagi penyak1t berjangkit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilap0rkan semakin meningkat di negara ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro, OMM

Be the first to comment on "“Tak wajar macam tu!”- Murid makan bersila di lantai, persatuan guru gesa SIasatan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*