Amar Asyraf berkahwin kali ketiga?

Belum reda berita pengesahan lafaz cera1 talak tiga membabitkan isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry di Mahkmah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis lalu, terbaharu aktor itu dikatakan berkahwin kali ketiga dengan wanita dikenali Farhana Yusof.  

Menerusi tinjauan ke Instagram dipercayai milik ibu Amar terdapat sekeping foto mesra yang dimuat naik pada 19 Mac lalu memperlihatkan pelakon itu dengan wanita yang didkwa sudah memiliki dua cahaya mata selain keduanya mengenakan busana berwarna putih. 

Lebih menguatkan spekulasi itu lagi, tinjauan ke akaun Instagram yang dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini. 

Menerusi foto yang dimuat naik itu, Amar kelihatan berada di sebelah Farhana manakala dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto itu. 

Melihat ke akaun Instagram Amar, aktor berusia 36 tahun itu juga dilihat mengikuti akaun peribadi Farhana selain mereka juga dikatakan sedang menjalankan sebuah perniagaan bersama.  

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by * EJAY COLLECTION * (@ejay_collection)

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara itu kerana masih belum disahkan oleh Amar apabila dia tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon daripada Harian Metro.

Khamis lalu Harian Metro melap0rkan pengesahan lafaz cera1 talak tiga yang dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy menemui titik noktah di Mahkmah Syariah Kuala Lumpur, di sini. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Amar Asyraf berkahwin kali ketiga?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*