Isv kekurangan ayam segar di pasaran baru-baru ini membelenggu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna.
Rata-rata melvahkan rasa kecew4 dengan situasi tersebut lebih-lebih lagi peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian kepada pelanggan tetap mereka.
Dalam satu perkongsian, pemilik ladang ternak ayam menerusi laman facebooknya Wak Akob berkongsi permasal4han tersebut.
10 Tahun Pengalaman Dalam Industri Ayam
Assalamualaikum, saya Yani
Pengalaman dalam industri ayam taklah banyak
Ada lah dalam 10 tahun dalam penternakan, proses, dan perniagaan ayam
Harini saya nak kongsi kisah sebenar, lengkap, kenapa sejak akhir2 ini,ayam tiada di pasar,ayam naik harga…
Pada suatu masa dahulu, harga ayam naik turun. Harga bergantung apa? Bergantung kos. Kos naik, harga naik, kos turun, harga turun.
Kemudian, pada tahun lepas harga bahan mentah import meningkat mendadk kerana kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan.
Jadinya, harga jagung meningkat (meningkat lebih 100% 2021), harga kacang soya meningkat (meningkat lebih 30% 2021),harga gandum meningkat.
Sebelum anda tanya, kenapa makanan ayam diimport, ini ceritanya! Ayam daging ni, dedak2nya dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien, boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan, dan yang paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan.
Baka2 ayam ini kebanyakannya baka2 import seperti COBB, ROSS, Indian River. Mereka bukan makan jagung manis cameron highland, mereka makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia.
Bahan2 ni, kita bukan import sikit2. Setahun, lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin lebih 1.4 juta metrik tan soya diimport. Boleh kita hasilkan sebanyak tu?Boleh, memang boleh.
Tiada K0nspirasi , Tiada Agend4
Jadi bila bahan2 mentah ini naik harga, harga dedak meningkat dari RM80/50kg kepada RM120/50kg (meningkat lebih 50%). Bila meningkat, kos ternakan meningkat, dan macam biasa, logiknya, harga ayam meningkat dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.
Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30. Tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak.
Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebnkan.
Bila harga kawalan ditetapkan, kami bukan kurang untung, kami rugi. Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan.
Tiada konspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup
Siapa Nak Ternak Ayam Bila Rvgi?
Kemudian, harga kawalan makin turun RM9.10, kemudian RM8.90, ada pula buat RM8…
Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Kami harap titik tengah dapat dicapai supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber :Facebook Wak Akob
Be the first to comment on "Pan4s! lsu Ayam MahaI & Kurang St0k, Tauke Ayam Ni Kongsikan Apa Sebenarnya Yang Terjadi!"