Sebak! Shuk Buat Kejvtan Untuk Anak Lepas Lebih Sebulan Tak Jumpa!

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar membuat kejvtan kepada dua anaknya Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2, dengan bertemu mereka di Sandakan, Sabah, semalam.

Shuk, 36, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia sudah lebih sebulan tidak bertemu dua puterinya itu sejak Ramadan lalu.

“Sebenarnya dari awal puasa lalu anak saya Ain dan Aimi ke Sabah dan beraya di sana. Lebih sebulan juga saya dah tak berjumpa mereka. Saya sangat rindukan mereka.

“Jadi pagi ini (semalam) saya bangun, tanpa sebarang perancangan saya terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), saya beli tiket ke Sandakan, saya nak buat kejvtan untuk Ain dan Aimi,” katanya.

Shuk membuat rakaman detik itu bermula di KLIA 2 hingga tiba di sana sebelum membuat hantaran video dan dimuat naik di TikTok.

Shuk kemudian memelvk dan mendukvng erat kedua anaknya itu. Berdasarkan pemerhatian pertemuan dibuat di sebuah hotel di daerah itu.

Hantaran video beserta keterangan dan tanda pagar Hanya Rindu #hartaduniaakh1rat itu sudah mencecah lebih 586,000 tontonan, hampir 30,000 tanda suka dan lebih 660 komen.

@shuksahar Hanya rindu #fyp #hartaduniaakhirat #shuksahar ♬ original sound – shuksahar

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐒𝐡𝐮𝐤 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐫 (@shuk_sahar)

Dalam masa sama, Shuk yang turut membuat sesi siaran langsung di akaun TikTok semalam dihujani pertanyaan mengenai sejauh mana hubungannya dengan isteri, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshafera.

Malah, ramai mend0akan agar Shuk dan Sera rujuk semula sekali gus menimbulkan persoalan adakah pasangan itu sudah bercera1?

Terdahulu, pada Mac lalu Sera memberi bayangan dia dan Shuk bakal berpisah menerusi hantaran di Instagram selain kelibatnya dilihat muncul di Mahkmah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini.

“Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya,” demikian perkongsian Sera di Instagram.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Sebak! Shuk Buat Kejvtan Untuk Anak Lepas Lebih Sebulan Tak Jumpa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*