Dua Minggu Bergelar Ibu Ini Respon Mira Filzah Buat Ramai Terkejut!

Kini dah masuk dua minggu pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah bergelar ibu. Mira Filzah selamat melahirkan anak sulungnya, baby boy pada tarikh 10 Mei 2022 iaitu hari raya yang ke sembilan.

Anak lelakinya ini diberi nama Wan Khai Amir, nama yang sangat baik maknanya serta mempunyai persamaan dengan nama ibu bapanya.

Khai bermakna baik manakala Amir bermakna ketua. Amir juga merupakan gabungan nama Amirah dan juga Emir.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Untuk yang tak tahu, usia awal bayi terutama bulan pertama, susu ibu merupakan antara sumber utama bayi.

Selain bertindak sebagai makanan dan minuman, susu ibu ini amat penting sebagai sumber kepada pertahanan system imunisasi baby, untuk kuatkan dalaman badan bayi.

Menerusi laman Instagram, Mira Filzah ada bertanya kepada para pengikutnya bagaimana mereka nak seimbangkan antara direct susu dan juga nak pump susu, dan beri melalui botol.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Macam mana cara ibu nak balance kan, direct feeding dan juga botol feeding ni, dah pump awal-awal.”

Pertanyaaan dari Mira Filzah itu mendapat respon yang pelbagai dari para ibu di luar sana.

Ramai yang memberi nasihat di atas pengalaman masing-masing sebagai ibu. Ini antara komen yang diberi oleh para ibu.

“Awal-awal ni enjoy direct feeding je Mira Filzah.”

“Saya buat selang seli antara direct dan juga bottle feeding ni.”

Melihat banyak yang beri respon, Mira terharu dan berterima kasih kepada semua dan katanya apa yang penting ialah dia tak mahu tertekan.

“Begitu banyak respon yang Mira dapat. Terima kasih semua sebab beri respon. Lain orang lain caranya. Tetapi baca pengalaman orang lain, Mira pun dapat banyak belajar juga. Tak kisah lah apa cara pun, yang penting tak mahulah tertekan.”

Itulah komen dari Mira Filzah.

Apapun diucapkan selamat maju jaya buat Mira Filzah dan suaminya dalam membesarkan anak sulung mereka ini. Semoga semua urusan Mira Filzah, suami dan baby akan dipermudahkan, apapun dah tak sabar nak tengok wajah baby Mira Filzah lepas ni.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Mira Filzah

Be the first to comment on "Dua Minggu Bergelar Ibu Ini Respon Mira Filzah Buat Ramai Terkejut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*