Adira Dipuji Tenangkan & Setia Menemani Madunya Datin Red, Ini Kata-Kata Madunya!

Semua tahu yang Adira dah lama hidup bermadu setelah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau lebih terkenal dengan nama Datuk Red.

Madu Adira yang merupakan isteri pertama Datuk Red bernama Datin Syarifah Norshafila atau lebih dikenali dengan nama Datin Red.

Baru-baru ini, Datin Red dilihat telah diuji setelah kehilangan insan tersayang.

Ini apabila ibu kepada Datin Red telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Melalui satu hantaran di Instagram, Datin Red dilihat amat pilu dan sayu semasa berada di tanah perkuburan ketika mengebumikan arwah ibunya.

Ini caption dari Datin Red: “Pemergian yang tak ada penggantinya. Maka sudah terputuslah doa dari seorang ibu kepada anak-anaknya.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Namun apa yang menarik perhatian ialah kehadiran Adira di sisi Datin Red ketika pengebumian arwah ibu Datin Red itu.

Adira dilihat telah menenangkan madunya itu yang dilihat sedang sedih di atas pemergian ibu tersayang.

Ada juga detik Adira dilihat memeluk Datin Red.

Datin Red juga ada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan serta mendoakannya dan ini termasuk juga kepada Adira.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua adik-beradik saya, ahli keluarga, suami serta madu yang ada semasa suka dan juga ketika sedang berduka. Terima kasih datang menziarah, ucap takziah, dan juga mendoakan serta menyempurnakan sampailah selesai pengebumian arwah bonda saya ini.”

Melihat hubungan yang baik antara Adira dan juga madunya iaitu Datin Red, rata-rata netizen bersyukur kerana mempunyai hubungan sedemikian.

Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan takziah dan juga memberi komen yang baik tentang hubungan antara Adira dan Datin Red.

Lihat videonya:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syarifah Nor Shafila (@datin_red)

Ini antara komen yang ditulis oleh sebahagian netizen.

“Memang faham sangat perasaan ditinggalkan insan tersayang.”

“Nampak hubungan silaturrahim dengan madu terjalin dengan mesra sekali, syukur.”

“Baiknya madu datin, sebak pula tengok hubungan antara Datin dan Adira.”

Semoga hubungan antara Adira dan madunay iaitu Datin Red akan terus baik-baik saja, apapun takz1ah diucapkan buat Datin Red.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Datin Red

Be the first to comment on "Adira Dipuji Tenangkan & Setia Menemani Madunya Datin Red, Ini Kata-Kata Madunya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*