“Macam Tengok 999…”-Masih ‘Berbisa’ Sampaikan Berita ‘Live’ Di Buletin Utama, Peminat Rindu Dan Berterima Kasih

Malam tadi, bekas hos program 999, Zakiah Anas  ‘membuka pentas’ kepada 12 ikon penyiaran TV3 yang akan memberi kejutan dalam kemunculan istimewa mereka dengan menyampai berita di Buletin Utama.

Kemunculan personaliti televisyen berusia 55 tahun itu bersama 11 lagi bekas penyampai berita Buletin Utama itu bersempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan yang diraikan pada 1 Jun ini.

Tampil anggun dengan persona tersendiri, kemunculannya di kaca televisyen mengubat kerinduan penonton.

Meninjau ke hantaran terkininnya di Instgaram, Zakiah awalnya meminta pengikutnya untuk meneka personaliti yang bakal muncul penyampai berita malam tadi.

Lalu, rata-rata menitipkan rasa rindu, selain memuji penyampaiannya yang masih ‘berbisa’.

“Terbaik! Zakiah Anas,” tulis seorang peminat.

“Power Kak Zakiah legend,” puji peminat.

“Bestnya dengar suara kat TV ni. Lama tak dengar,” seorang peminat menyatakan rasa rindu.

“Macam tengok 999 tadi, hehehe,” ujar peminat lainnya.

“Macam tak caya muncul tadi. Terima kasih banyak-banyak,” antara komen yang ditinggalkan.

“Bestnya tengok berita malam ni sampai habis,” tulis peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Sementara itu, selama seminggu, bermula malam tadi penonton setia Buletin Utama TV3 akan berpeluang menyaksikan ikon penyiaran stesen popular itu membuat ‘comeback’ mereka bagi mengubat kerinduan peminat.

Selain Zakiah, bekas penyampai berita lain yang turut terbabit ialah Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Datuk Dahlan Maamor.

Kesemua mereka akan berganding dengan penyampai berita sedia ada yang masih berkhidmat di stesen itu seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.

Zakiah menamatkan perkhidmatannya di TV3 sekitar tahun 2014 sebagai Eksekutif Kanan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Macam Tengok 999…”-Masih ‘Berbisa’ Sampaikan Berita ‘Live’ Di Buletin Utama, Peminat Rindu Dan Berterima Kasih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*