“Ramai Ingat Saya J4nda…”- Aleza Shadan

Wajah pelakon ini selalu saja dilihat di kaca televisyen dalam banyak drama bersiri. Aleza Shadan, 46 tahun, dilihat semakin kerap membawa watak menjadi ibu dalam drama ketika ini.

Walaupun begitu, ramai yang kurang tahu tentang k1sah Aleza Shadan ini.

Malah, jika melihat Aleza, ramai yang ingat pelakon ini merupakan seorang wanita yang memegang status jnda. Ini komennya kepada portal Getaran.

“Ramai orang ingat saya ni seorang jnda. Saya pun tak tahu mengapa. Malah di kalangan orang industri ni pun ada yang beranggapan perkara yang sama. Sampai ada datang tanya saya berkenaan statvs saya ni.”

“Sebenarnya statvs saya ini masih berumahtangga, saya telah pun berkahwin sejak tahun 2000. Sehingga sekarang ni kami tak pernah ada laf4z tal4k mahupun berp1sah. Saya dan suami mempunyai dua orang anak.”

“Mungkinlah, ramai ingat saya ni j4nda sebab saya pun amat jarang bercakap tentang hal peribadi saya.”

“Malah saya pun tak pernah nak membawa suami saya ke lokasi atau mana-mana event, mungkin sebab itu.”

Aleza Shadan berkata dia memang selesa untuk kurang berbicara tentang kehidupan peribadinya.

“Saya memang tak suka orang tahu hal saya. Kerana hanya saya dalam keluarga yang terlibat. Suami dan anak saya tak terlibat dalam dunia seni. Jadi saya seorang saja yang kedepan.”

Pelakon ini juga memberitahu, dia pernah upload gambar anak, namun tidak upload gambar bersama suami.

“Tetapi, saya ada tay4ng foto anak-anak saya di laman media sos1al. Cuma gambar suami memang tak pernah lagi. Baru ni pun, saya ada upload gambar dia, tapi dari jauh saja.”

Aleza juga kalau boleh tidak mahu anak-anaknya terlibat di dalam bidang seni.

Suami dan Aleza mula kenal sejak tahun 1999 lagi, dan ketika itu Aleza dah mula berlakon. Oleh itu, suami amat memahami kerjaya Aleza.

Dan kalau boleh, Aleza memberitahu, dia tak mahu anak-anak terlibat dalam dunia seni ini.

“Saya tak mahu mereka terlibat. Bidang ini memang sukar. Kalau tak kuat memang svsah. Bila orang tidur kita pergi kerja dan adakala kita tak dapat nak datang kenduri family pun.”

Sepanjang masuk ke dunia seni, Aleza Shadan sudah berlakon lebih kurang 50 buah drama dan beberapa buah filem.

 

 

Be the first to comment on "“Ramai Ingat Saya J4nda…”- Aleza Shadan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*