“Simple, Tapi Cantik..”- Bercuti Di UK, Penampilan Terkini Datin Nina Sabrina Tarik Perhatian!

Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira tahun lalu. Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup bertuah kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya.

Walau berstatus anak kepada Perdana Menteri dan isteri pereka fesyen ternama negara, Dato’ Jovian Mandagie namun Datin Nina bijak menyusun tutur kata dan cukup menyenangkan.

Dalam kelembutan tingkah laku dan bicara, Datin Nina juga sebenarnya seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan berjiwa penyayang.

Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Dato’ Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.

Terbaharu, selepas negara beralih ke fasa endemik C.o.vi.-19 Datin Nina sekeluarga menikm4ti momen berkualiti dengan melancong ke luar negara. Iyalah, dah lama tak dapat pergi bercuti.

Inilah masanya untuk kembali menikm4ti pemandangan indah di negara orang sambil merehatkan minda selepas bertungkus-lumus membina empayar niaga.

Yang pasti, penampilan Datin Nina setiap kali percutian nyata menarik perhatian ramai. Sudah namanya pun isteri pereka fesyen, mestilah nampak cantik from head to toe.

Dalam perkongsian Datin Nina di Instagramnya pada 14 Mei lepas, dia dan Dato’ Jovian serta anak mereka bercuti di bumi United Kingdom.

Salah satu destinasi mereka termasuk Woburn Safari Park. Meskipun bergaya santai sweatshirt hijau dengan padanan seluar putih tapi cukup mempersona!

Selain itu, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang melawat kota London yang menjadi pilihan ramai wanita khususnya mereka yang mencintai dunia fesyen!

Kakak kepada penyanyi Dafi ini juga merupakan usahawan Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.

Selain menguruskan Capello by Nina, dia juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten. Walau sibuk dengan perniagaan namun ibu seorang anak tersebut tetap aktif menjalani gaya hidup sihat dan gemar melakukan aktiviti berbasikal bersama suami tercinta. Kagum tengok semangat dan aura Datin Nina Sabrina!

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Nora

Be the first to comment on "“Simple, Tapi Cantik..”- Bercuti Di UK, Penampilan Terkini Datin Nina Sabrina Tarik Perhatian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*