Dijodohkan Dengan Khai Bahar, Siti Nordiana Tak Menolak!

Penyanyi, Siti Nordiana pernah berkata tidak menolak andai ditakdirkan bersama penyanyi kesayangan ramami, Khai Bahar.

Dipetik daris ebuah portal media hiburan, penyanyi yang lebih mesra dengan nama panggilan Nana berkata peminat suka melihat kombinasi mereka berdua. 

Nana ketika disoal berkata, jodoh dimaksudkan tidak semestinya bergelar pasangan suami isteri, tetapi menjurus kepada pasangan kolaborasi dalam menyanyikan lagu duet.

“Peminat ini memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka jadi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka Smule lagi malah ‘show’ bersama.

“Peminat mungkin sedia maklum, kehadiran Khai dalam industri muzik tanah air bermula daripada aplikasi Smule dan pernah berduet dengan saya.

“Malah, sebelum bergelar artis, menurut Khai, dia adalah peminat saya. Jadi, tidak mustahil kami berkongsi sekumpulan peminat yang sama, sekali gus ingin melihat saya dan dia digandingkan sebagai duet,” jelasnya.

“Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada kawan tetapi kalau dah dijodohkan dengan dia, saya tak boleh nak buat apalah”, kata Nana.

Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu berkata demikian usai melancarkan lagu duet pertama mereka pada 2019 yang lalu.

Dia yang kini berusia 37 tahun itu tidak menolak andai itu sudah ketentuannya dan menyatakan bahawa usia bukan penghalang meskipun jarak usia berbeza.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube

Be the first to comment on "Dijodohkan Dengan Khai Bahar, Siti Nordiana Tak Menolak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*