“Tak malu ke badan macam tu” -Tergamak individu tulis komen Sebegini Untuk Almy Nadia

Pelakon Datin Almy Nadia sekali lagi telah menerima komen yang kurang enak dari netizen berhubung badannya.

Melalui entry di laman media sosial, Almy Nadia yang merupakan isteri kepad Datuk Fizz Fairuz, telah muatnaik paparan komen berkenaan.

Ternyata komen berkenaan dilihat kurang sesuai dan amatlah tidak elok untuk ditulis kepada seseorang.

Dari paparan gambar komen itu, individu berkenaan mempersoalkan Almy Nadia untuk promo makanan untuk dapat badan yang ideal tetapi badan Almy pula dilihat berisi.

Ini komen dari wanita berkenaan.

“Sis, tolong hentikan senaman otot rahang kamu. Tolong henti makan dah ye sis. Badan kau macam tu mengapa nak promo untuk pengikut kau.”

“Tak malu ke badan macam itu lagi nak muatnaik lagi video tengah makan.”

Pelakoen berumur 36 tahun ini menulis caption berkata dia okey saja dengan komen sedemikian tetap berharap semua dapat doakan individu yang menulis komen sedemikian.

“Post ni sekejap saja, lepas itu nanti saya akan padamlah. Saya minta semua akan dapat doa agar yang menulis komen ni dapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.”

“Semoga dia dapat keredhaan. Mungkin di zaman moden ni, dia kurang kasih sayang dan jalani kehidupan yang sedih.”

“Saya tak kisah tau, saya sangat okay saja.”

Ini paparan gambar yang dimuatnaik oleh Almy Nadia di laman media sosial miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Jika dilihat di ruangan komen, rata-rata mahu Almy Nadia ambil tindakan dan buat report kerana ini merupakan tindakan yang agak berlebihan.

Ada mengatakan Almy Nadia boleh saja buat laporan di SKMM kerana ada akta tentang hal ini.

Dilihat juga beberapa rakan artis dan selebriti memberi sokongan kepada Almy Nadia, antaranya Achey, Ryzal Ibrahim dan Nurul Zahid.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Almy Nadia

Be the first to comment on "“Tak malu ke badan macam tu” -Tergamak individu tulis komen Sebegini Untuk Almy Nadia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*