[VIDEO] Plot Twist! Paknil Mengalir Air Mata Bila Tetiba Award Disampaikan Untuk Diri Sendiri

Siapa sangka tugas sebagai penyampai anugerah akhirnya bertukar ‘plot twist’ apabila trofi berkenaan sebenarnya ditujukan kepada diri sendiri.

Itulah yang terjadi kepada pengacara popular Datuk Aznil Nawawi ketika menyampaikan anugerah khas Meletop Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021, sebentar tadi.

Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil pada awalnya tampil memberi sedikit kata-kata ‘pembuka’ termasuk memuji pencapaian penerima anugerah tersebut.

Namun, sebaik video ditayangkan, Pak Nil kemudian terkejut apabila individu yang dimaksudkan adalah dirinya.

Suasana yang pada awalnya penuh dengan gelak tawa kemudian bertukar hiba apabila Pak Nil dilihat sebak mengalirkan air mata.

“32 tahun saya di bidang ini, tapi dalam 32 tahun saya lalui, 20 tahun saya dijaga Astro.

“Sebenarnya apa yang saya lakukan ini adalah saya mewarisi apa yang ditinggalkan mereka yang berbakat dalam industri,” katanya.

Sekadar info, AME bersiaran secara langsung jam 9 malam di Astro Ria dan penonton juga boleh Strim di Astro GO.

Nantikan juga persembahan daripada barisan artis-artis yang Fresh dan Legend.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "[VIDEO] Plot Twist! Paknil Mengalir Air Mata Bila Tetiba Award Disampaikan Untuk Diri Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*