“Keluarga dah tahu…”-Akhirnya! Mawar Buka Mulut lsu dah Kahwin Datuk Z

Terpapar di portal Harian Metro tentang satu berita yang sedang hangat diperkatakan, yang mana ianya berkaitan ahli perniagaan terkenal Mawar Karim, pengusaha jenama tudung terkenal iaitu Fareeda.

Berdasarkan laporan berkenaan, ada sumber memberitahu pihak Harian Metro bahawa Mawar Karim telahpun berkahwin kira-kira tiga bulan yang lalu, dan kini hidup bermadu.

Pasangannya dikenali dengan nama sebagai Datuk Z.

Ini kata-kata dari sumber yang dipetik dari portal berkenaan: “Mereka berdua, Mawar Karim dan Datuk Z, dah berkahwin pada tiga bulan lalu. Mawar kini hidup bermadu.”

Tentang individu berkenaan, Datuk Z itu merupakan ahli perniagaan yang berasal dari negeri utara iaitu Perlis.

Kemudian pihak Harian Metro telah menemui Mawar Karim di satu event semalam, dan bekas isteri kepada Fizo Omar ini lantas menafikan hal berkenaan.

Yang menariknya, dikatakan Mawar hadir ke event berkenaan bersama jejaka yang dikenali dengan nama Datuk Z itu.

Kata Mawar tentang perkahwinan, dia masih lagi dalam proses.

“Kita masih lagi dalam proses. Perancangan itu ada, doa yang baik untuk kami. Apa pun perancangan ianya akan ditentukan oleh Illahi. Tarikh bila tu kita pun tidak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, atau pun Januari.”

Anaknya, iaitu Wan Maryam juga sudah tahu tentang hal ini dan dah kenal dengan lelaki berkenaan.

“Anak saya pun memang okay, sebab kami dah ada proses mengenali.”

Tentang jejaka berkenaan, kata Mawar dia hanya insan biasa sahaja. Namun antara yang paling utama ialah jejaka itu mahu terima dia dan juga anaknya.

“Nak saya kenalkan calon, dia orang yang biasa saja. Saya pun jarang menceritakan tentang hal peribadi saya kat laman media sosial. Saya selalu cerita tentang kerja saja.”

“Umur kami beza lebih 10 tahun dah. Ciri-ciri dia, yang penting penerimaan anak saya. Kerana ini dah kira pakej lah, dengan saya kena ada anak saya sekali one plus one. Sebab tak semua orang boleh terima.”

“Selain itu, yang penting ialah berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Family saya pun tahu. Saya doakan yang terbaik saja.”

Itulah komen dari Mawar yang mengatakan dia masih dalam proses, nafi bahawa dah bernikah.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "“Keluarga dah tahu…”-Akhirnya! Mawar Buka Mulut lsu dah Kahwin Datuk Z"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*