Jual Nasi Lemak RM1 & Beri Makan Percuma Kepada Pelajar, Peniaga Ini Raih Pujian!

Kesusahan hidup ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor, pada 2010 sehingga terp4ksa berhenti belajar ak1bat kekangan kewangan mendorong peniaga nasi lemak untuk memberi makanan percuma kepada penuntut.

Usaha murni itu dilakukan Siti Aisyah Othman, 32 bagi membantu penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang kurang berkemampuan untuk mengalas perut.

Katanya, biarpun baru sebulan berniaga, dia amat memahami dengan situasi penuntut kurang berkemampuan kerana dia pernah berada dalam situasi itu sebelum ini.

“Sebungkus nasi lemak dijual pada harga RM1, lengkap dengan sambal, timun, kacang, ikan bilis dan telur rebus dibelah empat.

“Sepanjang bulan lalu, saya perhatian ada dua penuntut membeli nasi lemak RM1 setiap hari. Saya melihat mereka seperti diri saya dulu yang berjimat untuk membeli makanan kerana kekangan kewangan.

“Jadi, saya menampal nota di hadapan gerai memaklumkan penuntut yang tidak mempunyai duit tidak perlu menahan lapar, sebaliknya datang ke gerai untuk mendapatkan nasi lemak percuma,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Anak kelapan dari sembilan beradik yang berasal dari Kulim, Kedah ini bagaimanapun tidak menyangka tindakannya tular di media sosial.

Katanya, selepas dua hari tular, lebih ramai penuntut datang untuk mendapatkan nasi lemak RM1 secara percuma.

“Memang semua barang naik harga, sayuran, lebih-lebih lagi ayam. Tapi saya tidak tergamak untuk menjual makanan pada harga yang mahal kerana tahu mereka juga sedang berjimat dan mengikat perut.

“Alhamdulillah usaha saya mendapat sokongan suami. Walaupun tidak memperoleh untung yang besar, ia mencukupi buat keluarga untuk terus berniaga,” katanya.

Menurutnya, ada juga penuntut yang malu untuk mendapatkan nasi lemak percuma, mereka hanya menunjukkan gambar viral dan bertanya sekiranya masih ada lagi.

“Penuntut yang datang berbilang kaum. Saya tidak kisah asalkan mereka tidak kelaparan.

“Nasi lemak percuma untuk penuntut kurang berkemampuan diberikan setiap hari, tetapi pada Selasa, Rabu dan Khamis, kami memberikan nasi lemak RM1 secara percuma kepada semua pelanggan.

“Tetapi jika jika mereka ingin tambah lauk, mereka perlu membayarnya,” katanya yang beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Jual Nasi Lemak RM1 & Beri Makan Percuma Kepada Pelajar, Peniaga Ini Raih Pujian!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*