“Tersentuh Hati Aku..”- Anak Aril Pilus Bagi Surat Bahasa Mandarin, Undang Seb4k Bila Tahu Maksudnya

Selalunya ibu-ibu yang terharu dan seb4k apabila mendapat surat ‘cinta’ daripada anak-anak, tetapi kali ini penyanyi dan pelakon, Aril Pilus berkongsi rasa tersebut.

Pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus memberitahu, anaknya Tun Adriel Mikael. 7 tahun menulis satu surat khas buatnya dan isteri dalam bahasa Mandarin.

Disebabkan tidak pandai membaca , dia terpaksa meminta bantuan guru bahasa mandarin dari kelas tambahan anaknya untuk membantu menterjemahkan isi kandungan surat berkenaan.

“Assalam, tersentuh hati aku bila aku tengah siap2kan anak punya tution, aku pon text la teacher dia hal2 homwork dia, lepas tu anak aku ckp ada 1 paper tu, teacher skolah dia suroh buat surat, kita mak ayah tak faham mandarin.

“Thats why hantar dia tution, mmg struggle skit ya kawan2 kalau anak skolah mandarin ni, so aku pun snap picture and hantar kat teacher dia, tak lama tu teacher dia balaskan apa yg anak aku tulis, mmg menyentuh hati guyz.. 

Sebagai ayah, perasaan terharu dan sebak menyelubungi dirinya tatkala mendapat tahu isi kandungan surat berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairil Azam Pilus (@arilpilus)

“To my lovely daddy and mommy, i love you. I will study hard and repay you with love,” demikian maksud tulisan anaknya itu usai diterjemahkan guru berkenaan.

“Secara tak sengaja mereka telah menjentik kantung air mata aku ni untuk mengalir keluar dari celah2 bola mata… 😭😭😭 waaaaa!!! Mommy Daddy love you to sayang #TunAdrielMikael da besar da anak daddy ni… tulis mandarin pulak 😭😭😭 wo ai ni!! Wo ai ni!! 😭😭

Dah la, karangan pepanjang nak jadi apa, saja share sebab my boy so sweet 🥰🥰

Demikian kapsyen yang dimuatnaik Aril Pilus usai mengetahui isi kandungan surat yang ditulis anak kesayangannya itu. Dia berkongsi kisah tersebut menerusi laman instagramnya .

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata turut terharu dengan perkongsian tersebut. Bahkan ada yang berkongsi pengalaman sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram ArilPilus

Be the first to comment on "“Tersentuh Hati Aku..”- Anak Aril Pilus Bagi Surat Bahasa Mandarin, Undang Seb4k Bila Tahu Maksudnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*