Genap 7 Hari, Akhirnya Haziq Hussni Kongsi Nama & Wajah Comel Puteri Bongsu!

Selepas genap seminggu isteri melahirkan cahaya mata ketiga, pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Haziq turut memaklumkan dia dan isteri, Ayunda Putri telah bersetuju untuk menamakan puteri mereka Charissa Azzahra.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hussni)

“MashaAllah Tabarakallah. Assalamualaikum, nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan

“Lahir 25 May 2022 9.52am, 3.05kg. Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulisnya.

Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini turut meletakka pengharapan agar anaknya itu membesar menjadi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata net1zen turut tumpang gembira selain turut memuji wajah comel bayi berkenaan.

“Eiii mata dia so cute. Tahniah buat korang berdua.

“Selamat datang ke dunia Charissa.

“Cantiknya kamu wahai anak.

“MasyaAllah comelnya awak ni.

Comelnya ada lesung pipit tu,” antara komen-komen net1zen di Instagram.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "Genap 7 Hari, Akhirnya Haziq Hussni Kongsi Nama & Wajah Comel Puteri Bongsu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*